Peminat Dakwa Ada Unsur Illuminati, Ini Respon Shiha Zikir Mengenai Lagu Terbarunya, AEWO

Hiburan

Peminat Dakwa Ada Unsur Illuminati, Ini Respon Shiha Zikir Mengenai Lagu Terbarunya, AEWO

Penyanyi Shiha Zikir yang bakal melancarkan lagu terbaru hasil kerjasama dengan Noki K-Clique bertajuk AEWO baru-baru ini ada memaparkan beberapa foto dan video ‘teaser’ di laman instagram miliknya.

Dia yang sebelum ini telah memadam semua foto di ruangan media sosial itu kelihatan telah dikritik oleh netizen mengenai konsep muzik video yang bakal ke udara itu nanti.

Advertisement

Antara komen dan kritikan yang diterima Shiha adalah mengenai imej yang dibawa dalam muzik video tersebut seakan-akan mengetengahkan unsur yang bertentangan dengan ajaran Islam atau Illuminati.

View this post on Instagram

Telek menelek jangan kau temberang #AEWO #SZxNOKI #COMINGSOON #REVOLUSI #TODAKMUSIC

A post shared by Shiha Zikir (@shihazikir) on

 Namun, ada dalam kalangan peminat hanya menganggap itu hanyalah konsep seni semata-mata dan ianya memang lain dari yang lain.

Ketika ditemui, Shiha dilaporkan enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

“Saya okay sahaja, biarkan saya begini,”

Difahamkan, pihak pengurusan Shiha berkata muzik video rasmi lagu AEWO itu akan dilancarkan di Youtube pada 5 Ogos 2020 nanti. Sama-sama kita nantikan!

Sumber : Astro Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...