Peminat Cair Lihat Fattah & Amira Tak Lepas Bermanja Dalam Live – “Sebelum Ni Mana Boleh Pegang Macam Ni”

Hiburan

Peminat Cair Lihat Fattah & Amira Tak Lepas Bermanja Dalam Live – “Sebelum Ni Mana Boleh Pegang Macam Ni”

Walaupun baru sehari bergelar suami isteri, pasangan sensasi Fattah Amin dan Amira Othman sudah kembali bekerja apabila muncul dalam sesi siaran langsung untuk mempromosikan sebuah produk kecantikan semalam.

Apa yang mencuri perhatian, kedua-duanya dilihat tidak lepas memegang tangan masing-masing sepanjang sesi berlangsung. Gelagat penuh romantis itu membuatkan ramai penonton cair melihat kemesraan pasangan pengantin baru ini.

Advertisement

 

View on Threads

 

Sebelum ni boleh pegang-pegang macam ni,” seloroh Fattah Amin di dalam live tersebut.

Malah lelaki itu berulang kali memanggil Amira dengan panggilan manja seperti ‘sayang’ dan ‘b’ (baby) membuktikan sifat romantiknya. Kadang kala, isterinya sendiri kelihatan malu-malu untuk menyambut sisi penyayang Fattah sehingga menimbulkan senyuman manis penonton.

Ramai juga memuji sikap profesional Fattah dan Amira yang tetap komited dengan tanggungjawab kerja walaupun masih dalam mood pengantin baru. Bagi peminat, aksi manja mereka dalam live semalam menjadi bukti pasangan ini bukan saja serasi di layar kaca, malah dalam kehidupan sebenar.

fattah gubah bunga
2025-09-16 11:08:58

Fattah Dipuji Gubah Sendiri Bunga Pengantin Buat Amira - "Jarang Pengantin Lelaki Nak Involve Macam Ni"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...