Peminat Bollywood Dikejutkan Dengan Berita Kematian Kareena Kapoor

Dunia

Peminat Bollywood Dikejutkan Dengan Berita Kematian Kareena Kapoor

Pelakon terkenal Bollywood, Kareena Kapoor, menjadi mangsa berita palsu selepas tersebar khabar angin kononnya dia meninggal dunia secara mengejut. Naratif penuh tragis itu berjaya memperdaya ribuan peminat sehingga ada yang benar-benar meratapi ‘pemergiannya’.

Spekulasi berkenaan mula tular di media sosial, khususnya TikTok, apabila video dengan kapsyen “RIP Kareena Kapoor” disertai muzik sedih beredar luas. Ada versi yang mendakwa Kareena maut dalam kemalangan jalan raya, manakala ada juga yang kononnya mengatakan dia meninggal dunia ketika bersalin.

Advertisement

Ramai pengguna terus mempercayai dakwaan tersebut tanpa menyemak kesahihannya. Namun, di sebalik kekalutan itu, ada individu tampil menjelaskan bahawa Kareena sebenarnya masih sihat dan selamat. Malah, dia baru-baru ini dilihat menghadiri majlis pelancaran butik barang kemas mewah di Birmingham, England.

Fenomena khabar angin kematian selebriti bukanlah perkara baharu. Taktiknya hampir sama dengan tajuk sensasi dan visual penuh emosi yang kemudiannya disebarkan tanpa pengesahan rasmi, sekali gus mencetuskan panik dalam kalangan peminat.

Untuk rekod, Kareena Kapoor kini sibuk dengan beberapa projek lakonan terbarunya. Sebelum ini, dia kembali digandingkan bersama Aamir Khan dalam filem Laal Singh Chaddha.

salman khan
2025-09-13 18:33:02

Meski Cecah 60 Tahun, Salman Khan Akui Masih Berharap Akan Berkahwin - "Mahu Miliki Anak"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Murai

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...