Berkongsi kepada umum mengenai minatnya terhadap kumpulan K-Pop tersohor dunia BTS, penyanyi Ernie Zakri diundang rasa kurang senang segelintir pengikut sehingga timbul perbalahan sesama mereka di laman sosial.
Jelas Ernie, tidak salah untuknya meminati seseorang asalkan tidak terlalu taksub sehingga boleh mengabaikan perintah agama sehingga melalaikan.
Bagaimanapun Ernie kini dikhabarkan enggan membiarkan perkongsiannya itu terus dihujani komen negatif dengan membidas tohmahan yang dilempar netizen dan bersuara menegakkan keadilannya.
“Minat tak salah, yang salah apabila terlalu taksub sampai melalaikan, tak buat apa yang diperintahkan.”
Menurut Ernie, beliau hanya memandang perkara yang baik-baik sahaja daripada hasil kerja yang ditonjolkan oleh kumpulan yang terdiri daripada tujuh jejaka Korea Selatan berkenaan.
Malah, penyanyi itu juga turut menjawab komen pengikut yang tampil mempersoakan minatnya terhadap BTS.
Saja jelah nak bagitahu. Saya rasa, saya dah minat BTS….
— Ernie (@ErnieZakri) June 9, 2020
Susulan muat naik tersebut, ramai dalam kalangan peminatnya seakan bimbang andai Ernie mudah terpengaruh dengan kumpulan tersebut sehingga wujud segelintir pihak turut berbalah sesame sendiri di ruangan komen posting berkenaan.
Kata Ernie lagi, minatnya tecetus setelah melihat sisi positif ahli kumpulan berkenaan, malah menyatakan bukan memandang kepada rupa semata-mata.
“Islam itu Indah jangan disusahkan dengan pemikiran yang bukan-bukan.”
Terdahulu, Ernie tampil dengan imej baharu mengenakan hijab semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Arahan nberkurung dalam rumah itu seolah memberi ruang membuka pintu hatinya untuk berhijrah ke arah yang lebih baik.