Peminat Anjur Majlis Kesyukuran Secara Online Bagi Menyambut Pernikahan Fattah Amin & Amira Othman

Hiburan

Peminat Anjur Majlis Kesyukuran Secara Online Bagi Menyambut Pernikahan Fattah Amin & Amira Othman

Menjelang majlis pernikahan Fattah Amin dan Amira Othman yang bakal berlangsung esok, sekumpulan peminat pasangan selebriti itu tampil menganjurkan majlis kesyukuran sebagai tanda sokongan, lapor Oh Bulan!

Menerusi perkongsian di Instagram milik Imani Imtiyaz, yang dipercayai antara pengikut setia mereka, majlis kesyukuran tersebut akan diadakan secara maya melalui siaran langsung di TikTok pada jam 9 malam ini.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @imani.imtiyaz

Lebih istimewa, majlis itu turut diadakan bersempena sambutan ulang tahun kelahiran Fattah yang ke-35 pada 14 September. Pihak penganjur juga mengalu-alukan orang ramai untuk menyertai majlis penuh berkat tersebut.

Terdahulu, Fattah mencuri perhatian apabila membuat kejutan pada majlis pelancaran single baharu Amira dan adiknya, Irfan Haris berjudul ‘Rasa & Takdir’, dengan mengumumkan status hubungan mereka. Pasangan itu bakal disatukan pada 14 September, yang juga tarikh lahir Fattah.

Sebelum ini, media sosial kecoh dengan dakwaan bahawa pelakon berkenaan akan menamatkan zaman duda dalam masa terdekat.

Bagi yang ingin menyaksikan detik istimewa itu, siaran langsung eksklusif Majlis Ijab Kabul Setulus Takdir: Fattah & Amira boleh ditonton melalui aplikasi Unifi TV 2.0 di saluran Inspirasi pada 14 September 2025, jam 8 malam.

2025-09-12 13:11:45

"Biarlah FA & AO, Mereka Yang Kahwin Bukan Awak" - Catriona Ross Titip 'Pesanan'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Oh Bulan!

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...