October 19th, 2020

Sering memuat naik foto adegan mesra bersama pelakon Zul Ariffin, peminat dan netizen mula membuat spekulasi bahawa Ruhainies dan pelakon itu kini sedang hangat bercinta.

Malah, ada juga sesetengah peminat mennyifatkan video, gambar dan setiap kapsyen yang ditulis pada setiap entri Instagram sebagai keterlaluan atau dengan kata lain, ‘over’.

Namun, Ruhainies tampil menjelaskan bahawa dirinya tidak kisah dengan persepsi peminat kerana mengakui dia kini sangat selesa berlakon dan bergandingan dengan Zul Ariffin dalam setiap naskah drama yang diterbitkan.

Beranggapan bahawa spekulasi mengenai cinta lokasi dan harapan peminat supaya hero dan heroine bercinta di alam realiti sebagai perkara biasa dalam industri seni, Ruhainies berkata bahawa pengalaman berlakon dengan Zul adalah sangat mudah kerana sudah serasi.

“Saya okay saya dengan persepsi mereka. Apa yang penting saya dah buat kerja. Diakui, berlakon dengan Zul sangat mudah. Sebelum ini saya dengar Zul seorang yang garang dan macam-macam lagi. Tapi bila berlakon sama, dia sebaliknya. Dia jenis ‘happy go lucky’, kelakar da kami sekelapal. Memang seronon dapat berlakon bersama. Suka berkawan dengan dia.”

Dalam pada itu, Ruhaines turut menambah bahawa bukan sahaja pelakon, malah bekerjasama dengan pengarah dan pasukan yang bagus adalah merupakan satu rezeki dalam bekerja.

View this post on Instagram

“How your eyes fall on me so undistracted.” . #wifisebelahrumah

A post shared by @ ruhainies7 on

Perkembangan terkini, Ruhainies dan Zul Ariffin difahamkan akan tampil dengan drama terbaru bertajuk Wifi Sebelah Rumah dan bakal ditayangkan di saluran TV3 tidak lama lagi.

Sumber : Harian Metro


One response to “Peminat Anggap ‘Over’, Ruhainies Tak Kisah Anggapan Netizen – “Saya Selesa Berlakon Dengan Zul Ariifin””

  1. jirankau says:

    murahan

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...