Peminat penyanyi versatil Aina Abdul baru-baru ini menjadi sorotan gara-gara dakwaan pelantun lagu Semalam itu yang didakwa menjadi penyanyi pertama yang melengkapkan kemenangan dalam kesemua kategori di Anugerah Juara Lagu.
Mengimbas kembali, Aina Abdul telah memenangi kategori Persembahan Terbaik Anugerah Juara Lagu ke-39 pada 9 Februari yang lalu.
Berikutan itu, peminat penyanyi itu mendakwa Aina telah melengkapkan kemenangan dalam kesemua kategori termasuk naib juara dan tempat ketiga sekaligus menjadikan dia artis pertama yang menjayakannya di pentas berprestij itu.
Namun, kenyataan itu dibidas netizen yang lain di mana mereka menyatakan penyanyi pertama yang melakukannya adalah Hafiz Suip, bukannya Aina Abdul.
Im sorry but #Hafizsuip is the First to complete the AJL award set! 👑
Juara AJL : Awan Nano / Bahagiamu Deritaku
2nd: Terimaku Seadanya (ft. Misha Omar)
3rd: Noktah Cinta) & AJL 27 (Ku Akui)
Vokal Terbaik : 4x winner (AJL 25, 26, 27, 34)
Persembahan: AJL 28 & 34#AJL39 pic.twitter.com/Ti9h0avt3g— RC (@reylchinoe) February 17, 2025
Kata netizen, Hafiz boleh diibaratkan sebagai lagenda hidup untuk pentas AJL.
Dituduh ‘overclaimed’, netizen berpendapat peminat penyanyi itu sepatutnya lebih ‘chill’ kerana Aina Abdul baik-baik sahaja dan tidak pernah mencetuskan sebarang kontroversi sepanjang kariernya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.