July 5th, 2014

Sesungguhnya berita pemergian Datuk Sharifah Aini buat selama-lamanya amat mengejutkan rakyat Malaysia. Menurut Astro Awani, jenazah Allahyarham disembahyang 2 kali di Masjid Taman Tun Dr Ismail kerana terlalu ramai yang datang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Biduanita Negara ini. Allahyarham akan dikebumikan selepas solat Zuhur nanti di Taman Perkuburan Bukit Kiara.
sharifah aini meninggal duniaAntara rakan artis yang hadir ke Masjid TTDI ialah Chef Wan, Datuk Siti Nurhaliza, Hail Amir, DJ Dave, Zaiton Sameon, Hattan dan ramai lagi. Turut hadir ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek. Sementara itu di laman sosial, Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak turut sama mengucapkan takziah atas pemergian Sharifah Aini.

najib razak

Berikut ialah beberapa ucapan takziah para selebriti lain dan juga pemimpin tempatan:-

najib razaknajib razaknajib razaknajib razaknajib razak

najib razak
najib razak

najib razak
Semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Sesungguh pemergian beliau di bulan Ramadhan ini pastinya amat dirasai. Takziah diucapkan kepada ahli keluarga Allahyarham Sharifah Aini. Sesungguhnya negara kita telah kehilangan satu permata yang tidak ternilai harganya. Al-Fatihah.


Comments are closed.

Loading...