Pemimpin Lubnan Telah Diberi Amaran Julai Lalu Mengenai Bahan Letupan Disimpan Di Pelabuhan

Trending

Pemimpin Lubnan Telah Diberi Amaran Julai Lalu Mengenai Bahan Letupan Disimpan Di Pelabuhan

Perdana Menteri dan Presiden Lubnan telah diingatkan oleh pegawai keselamatannya sejak bulan lalu bahawa 2,750 tan ammonium nitrat yang disimpan di pelabuhan Beirut boleh menimbulkan risiko keselamatan dan mampu memusnahkan ibu kota sekiranya ia meletup.

Malangnya setelah dua minggu kemudian, bahan kimia industri itu meletup dalam letupan besar yang menghancurkan sebahagian besar pelabuhan di sana. Tragedi itu telah membunuh sekurang-kurangnya 163 orang, mencederakan 6.000 lagi dan memusnahkan sekitar 6,000 bangunan, menurut pihak berkuasa perbandaran.

Advertisement

Laporan oleh Direktorat Jenderal Keamanan Negara Lubnan mengenai kejadian yang membawa kepada ledakan itu merangkumi rujukan surat peribadi yang dikirimkan kepada Presiden Michel Aoun dan Perdana Menteri Hassan Diab pada 20 Julai lalu.

“Ia merupakan perkara bahaya sekiranya bahan ini dicuri, ia boleh digunakan sebagai senjata serangan pengganas.”

Pejabat Direktorat itu turut memberi amaran kepada ketua negara itu bahawa bahan ini boleh menghancurkan Beirut sekiranya ia meletup.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...