Pemimpin FAM Dinasihati TMJ, Diminta Berundur Cara Baik

Trending

Pemimpin FAM Dinasihati TMJ, Diminta Berundur Cara Baik

Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim terus menekan barisan pimpinan Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) dan bertitah baginda akan meletakkan “orang yang boleh dipercayai” dalam organisasi itu tidak lama lagi.

Advertisement

Dalam posting di Facebook Johor Southern Tigers semalam, Tunku Ismail turut menasihatkan individu dalam FAM yang tidak dinamakannya untuk berundur dengan cara baik tahun depan dan digantikan dengan individu lebih layak menjalankan tugas tersebut.

TMJ mendakwa sudah mengetahui siapa yang akan menjadi presiden, setiausaha agung dan ketua jurulatih pasukan kebangsaan FAM untuk tahun depan.

“Tetapi perlukah saya berkongsi maklumat ini dengan penyokong bolasepak tanah air? Pernahkah saya dihargai sebelum ini dalam cuba menyelamatkan bola sepak negara? Hanya rakyat Johor saja yang menghargainya,” katanya.

Tunku Ismail ialah penaung kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim. Baginda mendakwa wujud salah laku dalam FAM. Minggu lalu, baginda menyerahkan pendrive yang dikatakan mengandungi maklumat mengenai salah laku daripada segi teknikal seperti sikap pilih kasih, jurulatih tidak profesional dan exco tidak memainkan peranan dalam tugasan dengan betul.

Katanya, maklumat itu diserahkan kepada Khairy untuk menyelesaikan masalah berkenaan dan bukan untuk menghukum atau menyebabkan FAM digantung.

“Saya hanya menasihatkan kepada individu tersebut untuk berundur dengan cara baik tahun depan dan digantikan dengan individu lebih layak menjalankan tugas tersebut.

“Saya seorang yang telus. Saya sentiasa berterus terang kepada anda semua. Dan untuk mengubah FAM kita perlu letak orang yang kita boleh percaya seperti mana yang saya akan lakukan tidak lama lagi.

“Saya tidak mahu FAM dan liga kita digantung. Saya hanya mahu beberapa individu yang tidak bertanggungjawab untuk berundur daripada organisasi bola sepak kebangsaan.

“Kami akan mengawal bola sepak tanah air dengan keadilan. Apabila FAM mempunyai pengurusan dan pengadil yang profesional, ketika itulah Johor boleh menguasai bola sepak tanah air,” katanya.

Pada Jumaat lalu, Khairy menyerahkan maklumat dalam pendrive berkenaan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah.

Katanya, beliau meminta maklumat itu dimaklumkan kepada umum selepas SPRM selesai membuat siasatan. Pendrive itu mengandungi kira-kira 280 halaman dokumen dan laporan teknikal mengenai bola sepak Malaysia.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...