Pemilik ‘Suara’ Doraemon, Tomita Kosei Meninggal Dunia Akibat Strok

Trending

Pemilik ‘Suara’ Doraemon, Tomita Kosei Meninggal Dunia Akibat Strok

Pelakon suara asal siri animasi popular Jepun Doraemon, Tomita Kosei yang berusia 84 tahun disahkan telah meninggal dunia.

Berita itu dilaporkan sendiri oleh agensi pengurusannya seepas mengesahkan mendiang meninggal dunia akibat strok dan menghembuskan nafas terakhirnya pada 27 September lalu.

Advertisement

Pemilik suara doraemon meninggal dunia

“Tomita Kosei (usia kematian 84 tahun) telah meninggal dunia pada 27 September 2020 akibat strok. Kami berharap anda dapat mendoakan yan baik-baik,” katanya.

Terdahulu, Kosei yang juga graduan dari Fakulti Undang-Undang di Universiti Chuo dan memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Politik telah memulakan kariernya sebagai pelakon suara pada tahun 1963 dan telah menyuarakan lebih daripada 50 siri dan filem anime. 

Mendiang merupakan suara asal siri Doraemon yang mula disiarkan di televisyen pada tahun 1973 sebelum digantikan oleh pelakon wanita Masako Nozawa.

Tidak ketinggalan, suaranya  juga turut dipinjamkan pada beberapa siri animasi berprofil tinggi seperti Detective Conan dan Astro Boy. 

Malah turut melontarkan suara dalam filem Hollywood iaitu Kung Fu Panda dan While You Were Sleeping khusus untuk tontonan masyarakat Jepun.

Sumber: Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...