Pemilik Rumah Panik Cacing Disangka Ular, Siap Panggil Bomba Datang Tangkap!

Trending

Pemilik Rumah Panik Cacing Disangka Ular, Siap Panggil Bomba Datang Tangkap!

Kerana terlalu panik, seorang pemilik rumah menyangkakan seekor cacing adalah ular berbisa hingga menghubungi bomba bagi menangkap reptilia tersebut.

cacing

Advertisement

Kejadian tersebut berlaku pada pukul 9.11 malam semalam di Saujana Utama, Sungai Buloh.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, satu jentera bomba sukarela dengan tiga anggota ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan.

cacing

Namun setibanya di lokasi kejadian, mereka mendapati haiwan yang disangka ular itu adalah cacing sepanjang 13 sentimeter dan sudah ditangkap pemilik rumah.

“Panggilan itu hanya salah faham dan haiwan yang disangka ular itu adalah cacing gelang yang berwarna hitam,” jelas jurucakap itu.

Pihak bomba kemudiannya mengambil cacing itu dan membuang di lokasi berhampiran.

Sumber Berita: Facebook

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.