Pemilik Rumah Elak Penyewa Dari Afrika Dan Asia Selatan, Isu Perkauman Hartanah Malaysia Tercetus ?

Trending

Pemilik Rumah Elak Penyewa Dari Afrika Dan Asia Selatan, Isu Perkauman Hartanah Malaysia Tercetus ?

Bagi mereka yang berpengalaman mencari rumah untuk disewa, pastinya tahu betapa sukarnya untuk mencari kediaman sewa yang sesuai. Malah banyak masa dan tenaga terpaksa dikeluarkan bagi mencari kediaman yang benar-benar menepati keinginan mereka.

Advertisement

Malah ianya bakal menjadi lebih rumit apabila tuan rumah ‘pilih bulu’ dalam menyewakan kepada penyewa. Nak tengok rumah pun tak boleh!

Kalau di Malaysia, warganegara Afrika dan masyarakat India paling banyak menderita apabila masuk kepada isu perkauman dalam pasaran hartanah ini.

Pada Jun 2016, penduduk di salah sebuah kondominium di Cheras menimbulkan kekecohan apabila mereka menaikkan papan sepanduk yang berbunyi seperti ini:

“Tuan rumah diminta tidak menyewa rumah kepada “NEGRO”.Tahun 2017 Target 0% Penyewa Negro”.

Ejen hartanah juga turut bertanyakan kepada kami, apakah bangsa kami. Rakan serumah saya yang membuat panggilan tersebut memberitahu bahawa saya merupakan separuh Cina separuh India. Lantas mereka bertanyakan warna kulit kami pula.Samada putih seperti Cina atau hitam. – Belinda Hon

“Peraturan Perumahan” seperti yang tertulis di banner di atas bukanlah undang-undang yang sebenar malah tidak sah.Tetapi lebih kepada garis panduan yang diwujudkan oleh pihak pengurusan kediaman tersebut.

Malah undang-undang ini jugak tidak diiktiraf memandangkan di Malaysia, kita tidak mengamalkan anti-perkauman kepada mana-mana etnik. Dan kerajaan tidak mempunyai sebarang perancangan untuk mengusulkan undang-undang ini kepada pentadbiran dalam masa terdekat.

Populasi rakyat Afrika yang menetap di Malaysia tidak mempunyai angka yang tepat tetapi statistik menganggarkan puluhan ribu yang kini berada di Malaysia. Kejadian di kondominium di Cheras itu bukanlah kes pertama yang mendiskriminasikan rakyat Afrika dalam isu kependudukan.

Pada 2013, sebuah sebuah kompleks kondominium di Subang Jaya telah bersepakat untuk mula memberhentikan penyewaan kepada rakyat Afrika ketika mesyuarat tahunan penyewa itu berlangsung.

Satu memo telah dikeluarkan yang menyatakan sebab untuk menghalang penyewa Afrika adalah kerana komuniti itu kerap menimbulkan masalah dan membuat bising di kediaman.

Malah,memo itu juga menyatakan bahawa pemilik rumah perlu mengosongkan penyewa Afrika mereka dalam masa 3 bulan berkuatkuasa dari tarikh memo dikeluarkan.

Pemilik rumah selalunya memilih siapa bakal penyewa kediaman mereka.

Beribu senarai rumah untuk disewa pada laman portal, terselit 10% iklan yang menyatakan mereka hanya mencari penyewa berbangsa ‘Cina Sahaja malah ada yang terus kepada ‘Tiada India Dibenarkan Untuk Menyewa’.

Walaupun prinsip kesamarataan dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia, namun tiada undang-undang yang wujud untuk menentang isu diskriminasi ini yang mana membuatkan para pemilik rumah dengan bebas berhak memilih siapa bakal penyewa mereka.

Sebenarnya isu perkauman ini perlu ditangani oleh diri kita sendiri dimana kita terlebih dahulu perlu bertindak. Semak perilaku diri kita pada hari ini, adakah kita pernah mendiskriminasikan orang di sekeliling kita?

Pernahkah anda pergi ke Mcdonalds,kemudian lihat semua meja penuh.

Tinggal satu meja kosong di mana sebelah terdapat sebuah keluarga India sedang menikmati hidangan. Adakah anda akan pergi duduk di meja sebelah mereka ataupun tidak?

Jawapannya hanya diri anda sahaja yang tahu. Malah jawapan anda menentukan siapa diri anda sebenarnya.

Mengamalkan diskriminasi dalam kehidupan seharian tidak akan membawa diri kita ke mana-mana. Malah kita akan lebih tertinggal ke belakang.

Tepuk dahi dan fikir-fikirkan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...