Pemilik Restoran Puji ‘Uncle’ Belanja 30 Ketul Ayam Goreng Setiap Hari Untuk Kucing Jalanan – “Insan Yang Sebenarnya ‘Kaya’..”

Kehidupan

Pemilik Restoran Puji ‘Uncle’ Belanja 30 Ketul Ayam Goreng Setiap Hari Untuk Kucing Jalanan – “Insan Yang Sebenarnya ‘Kaya’..”

Satu kisah yang menyentuh hati telah tular di media sosial selepas pemilik sebuah restoran di Kuala Lumpur berkongsi tentang seorang pelanggan tetap yang sering membeli ayam goreng dalam jumlah yang banyak setiap hari.

Tindakan lelaki ini yang memberi makan kepada kucing jalanan di kawasan TTDI dan Sungai Penchala telah mencuri perhatian ramai dan kisah ini telah meraih pujian warganet.

Advertisement

Rutin harian ‘uncle’ ini mengejutkan pemilik restoran

Pemilik restoran terkenal di TTDI, Azrul Shah Mohd Isa, mula menyedari seorang pelanggan tetapnya sering datang ke restorannya untuk membeli ayam goreng dalam jumlah yang banyak.

Hal yang membuatkan Azrul tertanya-tanya adalah lelaki ini selalu meminta plastik biasa untuk bungkusan ayam goreng, bukannya bungkusan takeaway biasa.

Tertanya-tanya dengan tindakan ‘uncle’ tersebut, pemilik restoran itu terus menanya kepadanya dan jawapan yang diberi membuatkan dia berasa kagum.

Rupa-rupanya ayam goreng tu untuk kucing-kucing jalanan yang ada sekitar TTDI dan Sungai Penchala.

Tindakan baik hati yang menyentuh hati warganet

Susulan berkongsikan perkara tersebut di platform media sosial, hantaran berkenaan telah meraih perhatian ramai, di mana warganet merasakan tindakan ‘uncle’ itu sangat mengagumkan.

komen

komen

1 day ago

Panjat Bumbung Ketika Kereta Bergerak, Dua Lelaki Warga Asing Ditahan Pihak Berkuasa

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...