Pemilik restoran yang menyediakan hidangan ikan air tawar, yang viral kerana harga sajian yang mececah sehingga RM10,000, didenda RM30,000 oleh Mahkamah Seksyen hari ini.
Hukuman itu dikenakan terhadap Kamarul Ariffin Hamzah, 41, selepas peniaga itu didapati bersalah atas tuduhan mengemukakan invois penjualan yang palsu kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
Tertuduh juga diperintahkan untuk menjalani hukuman tambahan penjara selama 6 bulan jika gagal membayar denda berkenaan.
Menurut hakim, Kamarul Ariffin gagal mengemukakan rekod lengkap meskipun sudah 20 tahun berpengalaman di dalam bidang perniagaan.
Tertuduh juga tidak mengemukakan rekod invois yang boleh menyokong keterangan pembelaannya
Pada November 2014, gambar sekeping resit memaparkan jumlah RM17,017 bagi hidangan ikan patin dan udang galah menjadi viral di media sosial uang menjadikan restorannya terkenal.