Pemilik Restoran Burger Dikecam Buat Video Menjatuhkan Ryan Bakery – “Busuk Hati Betul Sampai Sanggup Edit Macam Ni”

Kehidupan

Pemilik Restoran Burger Dikecam Buat Video Menjatuhkan Ryan Bakery – “Busuk Hati Betul Sampai Sanggup Edit Macam Ni”

Satu video menjadi tular di media sosial X di mana seorang individu dipercayai peniaga burger telah menyunting rakaman siaran langsung TikTok Awards yang memaparkan Ryan Bakery, Sofian (Sofyank) dan juga Abdul Qayyum Halid (Che Sayang Kitchen).

Dalam video tersebut kelihatan barisan pencipta kandungan sedang berdebar menunggu pengumuman ‘Creator Of The Year’ Tiktok Awards Malaysia 2024.

Advertisement

Kelihatan paling teruja dalam barisan tersebut ialah Ryan Bakery di mana dia turut bersorak kegembiraan meraikan kemenangan Qayyum dalam kategori tersebut.

Namun, apa yang menjadi kekesalan adalah apabila individu itu menyunting video berkenaan dengan cara seperti menjatuhkan Ryan Bakery.

Individu itu menulis kapsyen “POV : bila dalam hati memang ingat kau menang. Buat buat tunjuk. Buat buat ketawa. Buat buat tunjuk lagi. Buat buat terkejut.”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan individu itu yang gigih menyunting video memburukkan orang lain.

Komen netizen

Apatah lagi diterbitkan dengan akaun gerai burger miliknya, netizen menganggap ia adalah sesuatu yang bodoh untuk dilakukan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

pemilik tesla kantoi curi elektrik
1 month ago

"Berlakon Jadi B*doh Pulak" - Gelagat Pemilik Tesla Curi Elektrik Di Rumah Jadi Tumpuan Netizen

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : X

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...