Pemilik Nekad Jual Rumah Selepas ‘Sakit Mata’ Dapat Lihat Jiran Di Bilik Mandi

Dunia

Pemilik Nekad Jual Rumah Selepas ‘Sakit Mata’ Dapat Lihat Jiran Di Bilik Mandi

Rumah adalah tempat berehat yang selesa dan selamat selepas melakukan aktiviti harian. Penghuni rumah juga memerlukan privasi supaya keadaan rumah mereka tidak diketahui umum.

Seorang pemilik kecewa dan terpaksa berpindah daripada rumahnya kerana mendakwa tidak mempunyai privasi malah dapat melihat jirannya di dalam bilik mandi.

Advertisement

Pemilik rumah yang dikenali sebagai Pauline Boyd membeli sebuah rumah mewah di Rossburn Lane, Blair Drummond bersama suami untuk menikmati kehidupan yang privasi dan tenang.

Malang tidak berbau apabila Pauline mendapati sebuah rumah didirikan di laman bersebelahan di mana ia dapat dilihat secara langsung dari dapur dan ruang tamu mereka.

Pemilik nekad jual rumah selepas sakit mata tengok jiran di bilik mandi

Dia yang tidak berpuas hati terus membuat aduan kepada pihak berkuasa kerana gagal memaklumkan rekaan kediaman dan perancangan di kawasan perumahan tersebut.

“Keluarga kami boleh melihat secara terus jiran di bilik mandi mereka ketika sedang menikmati makanan walaupun tingkap ditutup”.

“Ia menyebabkan tekanan kepada kami dan memberi impak kepada kehidupan.. Kami mungkin boleh menutup ruangan tersebut tapi enggan melakukannya”.

Kerana terlalu marah dan kecewa, Boyd sekeluarga mengambil keputusan untuk berpindah daripada rumah mewah tersebut.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...