Pemilik ‘Nasi Lemak Anak Dara’ Telah Berjumpa Dengan Sarimah Jaafar, Kekeruhan Telah Dijernihkan

Trending

Pemilik ‘Nasi Lemak Anak Dara’ Telah Berjumpa Dengan Sarimah Jaafar, Kekeruhan Telah Dijernihkan

Pagi tadi penulis memuat naik mengenai status Facebook seseorang yang menggunakan nama Sarimah Jaafar, mendakwa Nasi Lemak Anak Dara (NLAD) yang viral itu bersifat ‘indah khabar dari rupa’, apabila sebungkus nasi lemak ayam yang berharga RM 3.50 tidak mengandungi timun, telur, kacang dan ayam pula ialah bersaiz potongan 24.
sarimahjaafar
Sebentar tadi NLAD Official telah memuat naik satu status memberitahu Siti Hajjar Ramli telah bertemu dengan Sarimah dan masing-masing telah memohon maaf.



Dengan ini apa yang diperkatakan oleh Sarimah ialah benar dan ia bukanlah nasi lemak yang dibeli dari orang lain seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Advertisement


 photo Screen Shot 2016-11-03 at 1.13.01 PM.png

Dalam satu cetakan status Facebook yang viral sejak semalam, Sarimah mendakwa membeli 20 bungkus NLAD berharga RM 3.50 seunit, bagaimanapun nasi lemak yang dibeli ‘indah khabar dari rupa’ dan tidak lengkap dengan timun, telur dan kacang goreng. Ayam juga didakwa saiz ‘potongan 24’.

Sarimah kemudiannya menyahaktif akaun Facebook atas sebab yang tidak diketahui menyebabkan dia dituduh sesetengah Netizen memfitnah Siti Hajjar dan nasi lemak tersebut bukan dibeli dari graduan kejuruteraan tersebut.

Diharap kedua-dua belah pihak mempelajari sesuatu dari isu ini. Mungkin aduan mengenai kualiti makanan patut dikemukakan terus kepada pemilik perniagaan dan Siti Hajjar patut mengawal standard hidangan nasi lemak walaupun harga murah. Dah viral teruk ini, boleh naikkan sedikit harga, dik.-amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

1 Comment

  1. september11

    November 4, 2016 at 7:20 am

    Inilah sikap bangsa melayu yg dari dulu lagi terkenal dgn suka melihat bangsa sendiri jatuh daripada memberi nasihat berguna. Bangsa melayu suka mengaibkan sesama sendiri dan tidak pandai memelihara aib org lain.
    Berkaitan NLAD yg dikatakan tidak mengikut spesifikasi nasi lemak yg sebenar, alangkah bagus perempuan yg viralkan itu dgn ikhlas hati menasihati pemilik NLAD itu dgn cara bersemuka. Bukannya cara viralkan dan ini boleh mengundang aib serta reputasi seseorang.
    Walaupun dah berjumpa dan dah selesai kes ini tetapi hakikat sebenarnya telah tercemar.