Pemilik Gerai Nasi Ayam “Michelin Star” Buka Cawangan Di Ipoh

Trending

Pemilik Gerai Nasi Ayam “Michelin Star” Buka Cawangan Di Ipoh

Liao Fan Hawker Chan mempunyai sebuah gerai nasi ayam yang sangat popular di Singapura. Anak kelahiran Ipoh ini mencipta sejarah apabila gerainya menerima “Michelin Star” yang pertama buat kategori penjaja. Tahap kefemesan gerai ini sehingga ia dilawati oleh David Beckham. Malah setiap hari 90 ekor ayam yang disediakan habis terjual dengan pantas sekali selepas gerainya dibuka bermula jam 11 pagi.

chef

Advertisement

Sekiranya anda selama ini teringin untuk menikmati kelazatan nasi ayam ini tetapi tidak mampu untuk terbang/memandu ke Singapura, ini ada satu berita baik untuk anda. Bermula 26 Februari yang lalu, Liao Fan Hawker Chan telah membuka sebuah cawangan gerai nasi ayamnya di Ipoh. Alamat penuhnya ialah di No. 26-3, Jalan Theatre, 30300 Ipoh, Perak.

nasi ayam

Dibuka setiap hari bermula jam 10.30 pagi sehingga 8.30 malam, pelbagai menu nasi ayam disediakan untuk para pengunjung. Namun berdasarkan senarai menu yang dikeluarkan, status halal gerai ini diragui kerana mempunyai hidangan ‘babi’ di dalamnya. Jadi buat mereka yang beragama Islam, anda mungkin boleh bertanya terlebih dahulu sebelum membuat pesanan.

nasi ayam

Bermula dengan harga RM6.80, sudah pasti gerai nasi ayam Chan ini akan menjadi pilihan penduduk Ipoh. Dengar cerita sambutan yang diterima sejak pembukaannya memang bukan calang-calang. Orang beratur bukan main panjang. Mungkin tidak lama lagi Chan akan memastikan nasi ayamnya berstatus halal untuk memberi peluang kepada orang Islam menikmatinya. Sama-sama kita nantikan.

nasi ayam
nasi ayam
nasi ayam

nasi ayam

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...