Pemilik Lamborghini Gantikan Kereta Viva Dengan Sebiji Myvi, Selepas Langgar Viva Ibu Tunggal Tanpa Sengaja

Kehidupan

Pemilik Lamborghini Gantikan Kereta Viva Dengan Sebiji Myvi, Selepas Langgar Viva Ibu Tunggal Tanpa Sengaja

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara kita telah mencatatkan penurunan ketara jumlah kemalangan jalan raya di seluruh negara, iaitu lebih daripada 50 peratus. Hal ini terjadi kerana, kerajaan telah melarang rakyat Malaysia untuk keluar dari rumah tanpa sebarang alasan yang kukuh. Perkara ini sekali gus telah melancarkan aliran trafik di serata tempat.

Baca: PM Dijangkakan Membuat Pengumuman Mengenai Perkembangan COVID-19 Pada Hari Ini

Advertisement

Namun, ‘kemalangan tidak pernah mengenal waktu’, walaupun jalan raya di seluruh negara didapati lengang tetapi masih ada kemalangan yang berlaku tanpa dapat dijangka.

Kemalangan yang berlaku membabitkan sebuah kereta mewah Lamborghini Huracan dan Perodua Viva.

Menerusi posting yang dibuat oleh salah seorang pengguna di Facebook, walaupun kedua-kedua kenderaan kelihatan mengalami remuk yang teruk terutama Perodua Viva tersebut, tetapi pemilik kenderaan tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius.

Gambar Hiasan

Viva telah digantikan dengan sebuah Myvi

Apa yang mengejutkan ialah, pemilik Lamborghini tersebut telah bertindak menggantikan kereta Viva yang dilanggar itu dengan sebuah kereta Perodua Myvi berwarna putih yang baru ekoran melihat keadaan kereta tersebut telah mengalami remuk yang teruk.

Gambar Hiasan

Bantu ibu tunggal supaya tidak kehilangan punca pendapatan harian

Turut difahamkan bahawa, pemilik kereta Viva tersebut adalah seorang peniaga ibu tunggal yang menerima tempahan makanan dan membuat penghantaran rumah ke rumah kepada pelanggan dengan menggunakan kenderaan tersebut. Apabila berlaku perkara sedemikian, ibu tunggal tersebut mungkin akan mengalami kesukaran untuk mencari rezeki.

Oleh kerana tempoh masa untuk memperbaiki kereta tersebut kelihatan seperti memakan masa yang agak lama, pemilik Lamborghini itu telah bertanggungjawab menggantikannya dengan sebuah kereta yang baru.

Duit Ada .. Bahasa Ada .. abang respect orang macam ni tak sombong.

Rata-rata netizen telah telah memberikan respon positif tentang perkara itu, dan memuji tindakan pemilik kereta mewah tersebut.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...