Seorang individu yang juga pemilik kereta mewah jenama BMW dilaporkan membuat cubaan melarikan diri setelah enggan membayar kos penyelenggaran kenderaannya yang berjumlah RM38,000.
Difahamkan pemilik bengkel kereta bersama-sama dua pekerjanya turut mengalami keceraan setelah mencuba untuk mengejar pemilik kereta itu yang turut bersama-sama seorang rakannya.
Sabtu lalu kira-kira 12 tengah hari, lelaki berusia 40-an datang ke bengkel mangsa untuk membaiki kerosakan kereta yang dianggarkan bernilai RM38,000.
Kira-kira 8 malam, pelanggan sama datang semula ke bengkel itu bersama rakannya berusia 40 tahun dan berpura-pura mahu memandu uji keretanya, namun mereka bertindak melarikan kenderaan terbabit.
Ketika pekerja bengkel itu sedang memeriksa but kereta, rakan kepada pemilik BMW itu tiba-tiba menyembur pemedih mata ke arahnya sebelum melarikan diri.
Mangsa (pemilik bengkel) cuba menahan kereta dipandu suspek yang melintasi bengkelnya dengan berpaut pada cermin sisi kereta di lampu isyarat tetapi cuba dilanggar oleh suspek.
Seorang lagi pekerja bengkel berusia 29 tahun cuba mengejar suspek dengan menunggang motosikal tetapi dihimpit kenderaan dipandu suspek sehingga terjatuh.
Pihak polis menerusi satu kenyataan memaklumkan sedang giat mencari suspek-suspek berkenaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 307 dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan serta Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.