Pemilik Kedai Nafi Hidang Katak Dalam Minuman Pelanggan

Trending

Pemilik Kedai Nafi Hidang Katak Dalam Minuman Pelanggan

Semalam kecoh di media sosial, seorang netizen mendakwa sebuah kedai di Pantai Sabak menghidangkan Coconut Shake Orea bercampur katak.

Advertisement

Bagaimanapun, pemilik kedai berkenaan telah tampil menafikan dakwaan itu, lapor Sinar Harian. .

Mohd Khairi Mohamad Sidik, 48, berkata, kejadian itu berlaku pada jam 4 petang semalam apabila dia dimaklumkan seorang pelanggan lelaki yang menemui amfibia berkenaan dalam minumannya.

Terkejut melihat katak itu, Khairi segera meminta maaf kepada pelanggan berkenaan.

“Saya sendiri tidak pasti bagaimana seekor katak boleh berada atau masuk ke dalam air minuman tersebut kerana saya dan pekerja sentiasa memastikan kebersihan makanan dan minuman yang dihidangkan kepada pelanggan kami,” katanya.

Khairi menegaskan, segala kelengkapan membuat air termasuk mesin pengisar dan aiskrim sentiasa tertutup rapat dan jika benar katak itu masuk ketika kakitangan sedang membuat air tersebut, sudah pasti katak itu hancur dan larut bersama minuman tersebut.

“Tak masuk akal tetapi saya anggap ini semua sebagai ujian Allah SWT. Inilah ujian paling hebat sehingga membuatkan saya tersandar ke dinding ketika mengetahui perkara ini diviralkan oleh pelanggan. Dan pada ketika itu saya amat berharap dia dapat memaafkan saya serta memadamkan viral berkenaan.

“Saya juga tidak marah pada dia, tetapi tindakan dia viralkan perkara ini boleh menjejaskan perniagaan sama yang baru hendak meningkat naik. Saya harap pelanggan saya tetap datang ke kedai kami kerana kami sentiasa menjaga kebersihan,” katanya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...