Pemilik Kartun Si Nopal Tampil Jelaskan Maksud Sebenar Perkataan ‘Bahenol’

Trending

Pemilik Kartun Si Nopal Tampil Jelaskan Maksud Sebenar Perkataan ‘Bahenol’

Kisah animasi pendek Indonesia, Si Nopal menjadi fenomena agak luar biasa di Malaysia berikutan rentak lagu yang ‘catchy’ dan lucu. Namun, sejak beberapa hari lalu timbul isu mengatakan perkataan ‘Bahenol’ membawa maksud yang agak lucah.

Advertisement

Enggan netizen terus keliru, pemilik animasi Si Nopal tampil menjelaskan  ‘Bahenol’ sebenarnya perkataan biasa sahaja iaitu ‘chubby’ manakala ‘Hiya hiya’ pula bermaksud ketawa yang ditiru daripada satu video popular di YouTube.

Malah, pendakwah PU Azman menerusi akaun Instagramnya juga mengakui ‘Bahenol’ juga mempunyai maksud positif iaitu bersemangat dan bertubuh gempal.

Kesimpulannya, maksud baik dan buruk sesuatu perkataan itu bergantung kepada penggunaannya dalam sesebuah ayat mahupun sesuatu bangsa.

Sumber Berita : Instagram Si Nopal & PU Azman

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...