Kejadian tidak menyenangkan berlaku di satu gerai keria selepas viral satu video oleh content creator terkenal, Cikgu Shaari, yang memberi sumbangan wang tunai kepada seorang pekerja bernama Nabila.
Sebaliknya, pemilik gerai didakwa mengarahkan wang tersebut dibahagi-bahagikan kepada staf lain dan dikatakan sampai memecat Nabila apabila dia enggan patuh.
Menurut dakwaan awal, Nabila menerima bayaran sebagai penghargaan atas kerja kerasnya. Bagaimanapun, pemilik gerai dikatakan meminta bahagi wang itu antara pekerja lain, menyebabkan Nabila dirasai tidak adil dan terpaksa meletak jawatan selepas menolak sekaligus mencetuskan kritikan netizen.
Melalui kenyataan balas, pemilik gerai menafikan tindakan memilih kasih dan menegaskan niatnya adalah untuk memastikan rezeki dikongsi bersama.
Saya tak pernah berniat nak zalimi atau berat sebelah terhadap mana-mana staf. Tapi saya bersalah dan benar-benar minta maaf kepada Nabila.
Wanita itu turut memberikan penjelasan panjang lebar dan menyatakan kemungkinan cara penyampaian kurang sesuai, lalu menyebabkan salah faham.
Pemilik gerai turut menafikan dakwaan mengambil mana-mana bentuk pemberian, termasuk wang atau cincin yang diberikan oleh Cikgu Shaari.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.