Hangat di media sosial baru-baru ini tentang kes kebakaran yang berlaku di sebuah butik pakaian terkenal terletak di Bangi, Selangor.
Mana tidaknya, netizen mengesyaki sesuatu kerana tahun lepas jenama yang sama turut mengalami kebakaran tetapi di gudang.
Apa yang menjadi bualan hangat adalah video dimuat naik di media sosial memaparkan pemilik serta pekerjanya berada di dalam bangunan.
Tak pernah tengok mana-mana kebakaran yang pekerja dekat dalam premis terbakar lebih sibuk dari bomba.. Selalunya semua dah disuruh keluar..
Tak pernah tengok mana-mana kebakaran yang pekerja dekat dalam premis terbakar lebih sibuk dari bomba.. Selalunya semua dah disuruh keluar.. Kita pergi dekat garisan kuning pun dah kena sound..🤔 https://t.co/xvsYtBqDQy
— Jalal Misai (@jllmisai) March 24, 2024
Pemilik butik akan disiasat
Terbaru, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan terhadap pemilik butik berkenaan untuk mengetahui bagaimana dia boleh masuk ke dalam premis, meskipun telah dihalang oleh pegawai bomba di lokasi.
Ujarnya, pemilik tersebut dipercayai telah mengingkar arahan pihak berkuasa dengan memasuki premisnya yang ketika itu sedang terbakar.
Sekiranya terdapat bukti bahawa pemilik itu telah melanggar arahan, tindakan perundangan dari beberapa sudut boleh diambil, antaranya menghalang anggota dan pegawai bomba mengawal api kebakaran di dalam premis itu.
Bukan bahagian dalam butik yang terbakar
Tambah Nor Hisham, kejadian kebakaran tersebut bukanlah berlaku di dalam bangunan butik tersebut dan menerusi video memang jelas kelihatan pemilik serta pekerja keluar dan masuk ke dalam premis.
Kejadian kebakaran itu berlaku bukan di dalam bangunan tetapi di bahagian ruangan tangga yang diletakkan kotak-kotak kosong dan semasa kebakaran.
Nor Hisham turut menegur pemilik tersebut kerana membahayakan nyawa sendiri dan orang lain hanya semata-mata untuk membuat content.
Kalau nak buat kandungan (content) sekali pun, jangan sehingga membahayakan dan mengancam nyawa. Mungkin nampak asap kebakaran sikit sahaja, tetapi kalau oksigen berada di bawah 16 peratus, boleh menyebabkan pengsan.