Pemilik Burger Ramly Kecam Nama Burger Daging Babi, Dapatkan Nasihat Perundangan

Trending

Pemilik Burger Ramly Kecam Nama Burger Daging Babi, Dapatkan Nasihat Perundangan

Datuk Ramly Mokni ialah pemilik rangkaian burger Ramly, dan tidak merasakan bahawa nama burger daging babi P.Ramly satu bentuk penghormatan terhadap jenamanya.

Pengasas dan pemilik Ramly Group yang merupakan satu syarikat jenama makanan yang popular, Ramly Burger, mempersoalkan tindakan produk rangkaian makanan segera Ninja Joe yang mendakwa menamakan makanan tidak halal itu P.Ramly, sebagai satu bentuk penghormatan terhadap jenama yang dibina olehnya.

Advertisement

Saya menyerahkan kepada peguam-peguam saya untuk menasihatkan apa yang patut dibuat. Secara peribadi, tindakan undang-undang bukan semestinya tindakan terbaik, tapi saya akan dapatkan nasihat mereka.

Ia sesuatu yang mengelirukan dan salah. Beri penghormatan pada burger saya tapi guna daging babi? Anda tahu itu satu keputusan yang berbahaya, bukan?

Ramly memberitahu yang laporan telah dibuat kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) sebelum ini teradap kekeliruan yang ditimbulkan oleh produk burger daging babi tersebut, tetapi mendakwa tiada tindakan telah diambil oleh pihak berwajib.

Pemilik Ninja Joe, Kelvin Tan, memberitahu Malay Mail Online yang nama itu dipilih sebagai penghormatan terhadap Ramly Burger semasa ia dilancarkan pada Hari Merdeka. Katanya:

Ramly Burger sudah lama membina nama di Malaysia; ia ikonik. Ia penghormatan kepada mereka.

Dia menambah yang huruf P merujuk kepada perkataan pork (daging babi).

Ninja Joe mempunyai cawangan di Petaling Jaya, Klang, Seremban dan Singapura.

Tetapi Ramly yang sebenar tidak bersetuju dengan Ninja Joe.

Tidak, kamu tak boleh kata ia satu penghormatan. Ia satu isu yang berbahaya. Sekiranya nama begitu untuk produk halal tak mengapa, tapi ini produk tidak halal.

Semua orang tahu produk Ramly halal tetapi bila mereka buat begini orang akan fikir, eh, Ramly pun ada keluarkan produk tak halal?

Ramly juga menambah yang pilihan nama Ninja Joe menimbulkan konflik kerana menyamai nama seniman Tan Sri P. Ramlee yang merupakan seorang muslim.

Kelvin bagaimanapun memberitahu yang mereka sudah membuat keputusan untuk menukar nama burger tersebut dan menurunkan semua poster burger daging babi P. Ramly.

Kami dah buat undian di Facebook dan pengguna telah cadangkan nama-nama yang menarik.

Sumber: The Malay Mail Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...