“Pemilik BMW Tidak Boleh Nikmati Subsidi Sama Seperti Pemilik Kancil” – Azmin Ali

Berita

“Pemilik BMW Tidak Boleh Nikmati Subsidi Sama Seperti Pemilik Kancil” – Azmin Ali

Lapor Free Malaysia Today, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri menerusi menterinya, Mohamed Azmin Ali berkata kerajaan mungkin memperkenalkan mekanisme bahan api tersasar bagi mengurangkan kesan kenaikan harga minyak mentah, terutamanya bagi mereka yang memperoleh pendapatan rendah di Malaysia.

Menggunakan analogi mudah, mereka yang mempunyai BMW tidak boleh menikmati subsidi sama seperti mereka yang mempunyai kereta Kancil.

Advertisement

Dia berkata demikian ketika sesi sidang akhbar mengenai Misi Perdagangan dan Pelaburan ke Amerika Syarikat, baru-baru ini.

Jelas Azmin, kerajaan kini masih mengusahakan struktur yang sesuai berikutan lonjakan ketara dalam unjuran bahan api untuk 2022  kepada 28 billion, berbanding RM11 billion pada 2021.

Manakala Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Mustapa Mohamed berkata kerajaan masih mengusahakan struktur sesuai untuk mekanisme bahan api disasarkan yang dijangka siap tidak lama sahaja lagi.

najib isteri baru
2 years ago

Tular Foto Najib Razak Bersama Seorang Wanita, Netizen Spekulasi Isteri Kedua?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...