Pemilik Bakery Tekad Cetak Wajah Perompak Pada Biskut Sebelum Edar Pada Orang Ramai

Dunia

Pemilik Bakery Tekad Cetak Wajah Perompak Pada Biskut Sebelum Edar Pada Orang Ramai

Tular baru-baru ini di Amerika Syarikat dimana sebuah kedai roti dan kek menghasilkan idea ‘unik’ tersendiri bagi membantu polis menangkap perompak.

Nak dijadikan cerita, pemilik kedai telah bertekad memilih dan mencetak wajah suspek yang merompak kedai mereka pada puluhan biskut yang bakal dijual. Berani kan?

Khabarnya, tindakan yang dibuat pemilik kedai Canfora Bakery di Wisconsin itu dilaporkan pernah dirompak pada bulan April lalu. Malangnya, suspek berjaya memasuki melalui pintu depan dan mencuri wang tunai yang disimpan.

Advertisement

Pemilik, Eric dan Karen Krieg bernasib baik kerana masih boleh melihat wajah suspek dengan jelas melalui rakaman litar tertutup (CCTV) yang dipasang di premisnya.

Disebabkan mahu mencari suspek dengan pelbagai cara, tercetuslah idea berani dimana si pemilik sanggup mencetak wajah suspek di atas kertas yang boleh dimakan tau. Ada ke yang sanggup makan tu? Bukan tu saja, dia juga lekatkan kertas tersebut di 100 biskut bagi membantu mereka mencari suspek.

Mereka kemudiannya mengagihkan biskut-biskut itu kepada pelanggan dan orang-orang di komuniti setempat untuk menyebarkan berita pencarian suspek wanted itu.

Gambar biskut raya itu juga berjaya dimuatnaik ke akaun Facebook rasmi mereka dan menjadi viral.

Hasil kegigihan semua, seorang lelaki berusia 45 tahun itu akhirnya berjaya ditangkap seminggu selepas itu.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...