Pemilik Asal Langgar Syarat, DBKL Rampas 225 Unit Rumah PPR & Perumahan awam

Trending

Pemilik Asal Langgar Syarat,  DBKL Rampas 225 Unit Rumah PPR & Perumahan awam

Mohd-Sauffi-MohamadDewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merampas 225 unit rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) tahun ini setelah penyewanya didapati melakukan pelbagai kesalahan termasuk menyewakan unit mereka kepada warga asing.

Tindakan itu merupakan langkah tegas DBKL setelah ia mengeluarkan sejumlah 582 notis rampasan kepada penyewa dari Januari hingga 25 Mei lepas.

Advertisement

Pengarah Eksekutif Pembangunan Ekonomi DBKL Datuk Mohd Sauffi Mohamad memberi amaran pihaknya tidak akan berkompromi dengan penyewa yang didapati melanggar syarat perumahan.

Katanya, rampasan itu dibuat melalui enam siri operasi bersepadu yang dijalankan Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembangunan Komuniti DBKL Bersama Agensi Kerajaan.

Sauffi berkata selain menyewakan unit mereka kepada warga asing, sebilangan penyewa juga didapati tidak menjelaskan bayaran sewa kepada DBKL, tidak menghuni (dibiarkan kosong) dan menyewakan kepada penghuni tidak sah (sewa atas sewa).

“Lepas ini tiada lagi kompromi bagi penyewa yang didapati menyalahgunakan dan melanggar syarat perumahan ini, kita mahukan rumah ini dimanfaatkan oleh mereka yang benar-benar layak saja,” tegasnya.

Beliau bercakap kepada pemberita semasa menyertai operasi bersepadu DBKL siri ketujuh bersama Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Imigresen dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di Perumahan Awam Desa Rejang malam tadi.

“Menerusi operasi malam ini, tiga unit rumah dirampas, 26 unit (penghuni tidak sah) dan 19 unit (penghuni tidak menetap) diberi notis 14 hari untuk mengosongkannya, sebelum unit mereka disita,” katanya.

Berikutan berlaku peningkatan kes, Sauffi berkata DBKL dengan kerjasama beberapa agensi berkaitan akan menjalankan operasi secara besar-besaran selepas Aidilfitri ini di seluruh PPR dan PA.

Dalam operasi yang sama, AADK turut menahan seorang penagih dadah yang suspek akan disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...