Siapa Sebenarnya Maznah Hamid Hingga Pemergiannya Diratapi Seluruh Negara

Trending

Siapa Sebenarnya Maznah Hamid Hingga Pemergiannya Diratapi Seluruh Negara

4 Oktober 2017 negara dikejutkan dengan kehilangan sebutir lagi permata iaitu Datuk Dr Maznah Hamid yang menghembuskan nafas terakhir semalam di Institut Jantung Negara akibat komplikasi injap di bahagian jantung yang mengeras akibat kalsium yang berlebihan.

Advertisement

Diberi jolokan ‘Iron Lady’, pemergianya diratapi seluruh masyarakat. Kehilanganya memberi kesan mendalam kepada sesiapa sahaja yang mengenalinya. Malaysia kehilangan seorang tokoh wanita yang menjadi idola ramai kaum hawa tidak kira usia.

Dr Maznah ketika hayatnya gigih membuktikan peranan seorang wanita dalam dunia perniagaan dengan berusaha memajukan Securiforce yang tidak dikenali langsung 30 tahun dahulu supaya menjadi sebuah syarikat kawalan keselamatan yang terbesar di Malaysia dan berjaya menyaingi lebih 400 buah syarikat lain seumpamanya.

Biodata Datuk Dr Maznah Hamid

Lahir : 18 April 1955,Ayer Hitam, Kedah
Meninggal dunia : 4 Oktober 2017 (umur 62) di Institut Jantung Negara
Pasangan : Haji Shaheen Mirza Habib (1979-2017)
Anak : 5 orang
Agama : Islam

Pendidikan :

1. Diploma Administration Business Executive ( ABE )

2. Personnel Management ( Human Resource ) – Malaysian Institute Management (MIM)

3. Diploma in Personal and Personnel Management – Personal Development Leadership Corporations (PDL)

4. Excellerated Instructors’ Training & Corporate Education – Hawaii, USA

5. Business School For Entrepreneurs, USA

6. Business School For Investors, Singapore

7. Ijazah Kedoktoran Pentadbiran Perniagaan dalam bidang Keusahawanan, Motivasi dan Modal Pembangunan Insan dari Central State University of New York.

Kerjaya Sepanjang Hayat

1. Pengerusi Eksekutif Kumpulan SECURIFORCE (1981-2017)

2. Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Usahawan Nasional (PUNB) (Mac 1992 – 2003)

3. Ahli Lembaga Pengarah Golden Hope Plantations Berhad (1995-2017)

4. Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Tabung Haji ( LTH ) (Feb 1997 – Feb 2001)

5. Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Sultanah Bahiyah ( Negeri Kedah ), (Julai 1997 – 2017)

6. Pengerusi Tabung Haji Travel Industries Sdn. Bhd. (Dis 1997 – Dis 1998)

7. Presiden Kehormat, Persatuan Usahawan Wanita Bumiputra Wilayah Utara (USAHAWATI), (Julai 1999 – 2017)

8. Pengerusi DANAU LUMAYAN (Pemaju Hartanah di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur), (1997-2017)

Datuk Wira Dr. Maznah Hamid adalah Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce.

Beliau juga merupakan seorang pakar motivasi yang terkenal di Malaysia.

Beliau adalah antara pakar motivasi yang telah banyak memberi ceramah dan motivasi kepada peniaga-peniaga, ahli korporat, ahli politik, penjawat awam dan siapa sahaja yang mahu memajukan diri.

Sebelum ini, beliau aktif dalam memberi ceramah dan motivasi kepada masyarakat.

Beliau telah banyak bertungkus lumus dalam usaha membawa Securiforce yang tidak dikenali langsung 30 tahun dahulu supaya menjadi sebuah syarikat kawalan keselamatan yang terbesar di Malaysia dan berjaya menyaingi lebih 400 buah syarikat lain seumpamanya.

Beliau berjaya mengepalai lebih 65 buah cawangan, mengetuai lebih 6,000 kakitangan, dan dikelilingi dengan ratusan senjata api dan puluhan van kalis peluru.

Apa yang lebih membanggakan, van kalis peluru tersebut telah direkacipta dan dihasilkan oleh usaha Securiforce sendiri.

Ramai juga yang tidak menyedari bahawa perkhidmatan Securiforce bukan terhad kepada ‘static guard’ sahaja malah turut merangkumi logistik, cash-in-transit, pengurusan tunai, high – tech cargo management, perkhidmatan ‘armoured trucking’, dan pelbagai perkhidmatan yang lain.

Securiforce memberikan pakej keselamatan yang lengkap dan total, mempelopori konsep ‘total security’.

Hasil daripada kegigihan beliau dan ‘team’nya menerajui syarikat, kini Securiforce mempunyai beberapa buah anak syarikat yang sedang berkembang maju.

Antaranya ialah Danau Lumayan, pemaju hartanah di Bandar Tun Razak yang membina pangsapuri /kondominium mewah, ‘penthouse’ yang eksklusif dan lot-lot kompleks perniagaan.

Bagi menepati keperluan semasa, Securiforce juga turut bergiat aktif dan telah melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa dengan menubuhkan Securiforce Logistik (agen penghantaran darat, laut dan udara), beliau telah melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa meliputi rantau Asia, Eropah dan Timur Tengah.

Securiforce Logistik memiliki cawangan di Singapura, Bangkok, China, Korea, Turki dan Jerman. Apa yang menarik mengenai ‘success story’ Dr. Maznah ialah kesemua anak syarikatnya ditubuhkan dan berkembang maju tanpa sebarang bantuan kewangan daripada bank.

Kejayaan ini, amat dikagumi oleh pelbagai pihak dan segala lapisan masyarakat. Prinsip kejayaan beliau ialah ‘modal perniagaan yang sebenarnya adalah dirinya sendiri’

Katanya, kalau seseorang itu ingin berjaya, bukan dengan bermodal besar tetapi yang paling utama adalah keberanian dan keyakinan diri, jika tidak impian hanya tinggal impian.

Kini, Malaysia tiada lagi sosok yang dikenali Iron Lady dan membanggakan ramai kaum wanita.

Al-Fatihah.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...