Pemergian Siti Sarah Beri Iktibar, Nabil Ahmad Dan Isteri Padam Foto Lama

Hiburan

Pemergian Siti Sarah Beri Iktibar, Nabil Ahmad Dan Isteri Padam Foto Lama

Pelawak dan juga pengacara, Nabil Ahmad memaklumkan bahawa dia dan isteri, Nazira Ayub telah memadam foto-foto lama yang membuka aurat dan dirasakan tidak sesuai untuk dipaparkan di media sosial.

Nabil Zira
3 years ago

Raya Haji PKP, Nabil Ahmad Tumbang 3 Ekor Lembu Dan 5 Ekor Kambing

Advertisement

Ujar Nabil, pemergian Allahyarhamah Siti Sarah ternyata telah memberi banyak iktibar kepada dia dan isteri.

View this post on Instagram

A post shared by Nabilzira (@nabilzira)

Malah, pengacara program MeleTOP itu juga bersyukur melihat perubahan isterinya ke arah yang lebih selepas tragedi itu.

Satu berita yang sangat menggembirakan bila ramai rakan selebriti sudah bertudung. Tahniah dan bersyukur. Saya tengok perubahan isteri pun rasa syukur sangat. Saya doakan mereka terus istiqamah. Bagi saya, perubahan ini sedikit sebanyak kesan daripada pemergian arwah Siti Sarah.

Nabil berkongsikan mengenai perkara itu ketika sesi temu bula sempena ulang tahun Astro ke-25 secara maya pada Selasa lalu.

Katanya lagi, dia sendiri berdepan dengan ujian besar untuk kekal istiqamah dalam melakukan perubahan ke arah yang lebih baik.

View this post on Instagram

A post shared by Nabilzira (@nabilzira)

Kita tak tahu bila akan sampai waktu kita. Macam saya dan isteri pun sudah padam gambar-gambar lama. Isteri saya pun dah padam gambar dia tidak bertudung sebelum ini.

Tambah Nabil, untuk kekal berterusan membuat amal ibadat secara konsisten baginya adalah satu ujian besar namun dia tetap bersyukur dengan perjalanan hidupnya.

Akhirinya, dia kini lebih selesa mengenakan kopiah berbanding topi seperti suatu ketika dahulu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...