Semalam kami ada kongsikan tengan kisah Kartunis Ujang yang dibuang kerja tanpa notis setelah membantu satu syarikat yang menerbitkan majalah Upin Ipin.
Syarikat menerbitan Nyla Sdn Bhd merupakan syarikat yang mendapat hak penerbitan dari Les’ Copaque Production untuk menerbitkan majalah upin ipin. Menurut posting Ujang melalui lama facebook miliknya, arahan pemecatan beliau bukanlah kehendak syarikat menerbitan tersebut. Ia adalah arahan dari pihak Les’ Copaque Production yang mempunyai hak penerbitan keatas majalah tersebut.