Pembunuh Upahan Upah Pembunuh Upahan, Yang Upah Pembunuh Upahan Yang Upah Pembunuh Upahan, Yang Beritahu Polis

Trending

Pembunuh Upahan Upah Pembunuh Upahan, Yang Upah Pembunuh Upahan Yang Upah Pembunuh Upahan, Yang Beritahu Polis

Lima orang pembunuh upahan dihukum penjara atas tuduhan percubaan membunuh setelah setiap seorang dari mereka cuba mengelakkan dari melakukannya sendiri dan hanya ingin membuat untung atas angin.

Ahli perniagaan China, Tan Youhui telah mencari seorang pembunuh upahan untuk menghapuskan pesaingnya, We Mou, dan sanggup membayar 2 juta yuan (RM 1,183,851.80) untuk memastikan musuhnya itu dibunuh.

Advertisement

Bagaimanapun, pembunuh yang diupah olehnya telah menawarkan tugas membunuh itu kepada seorang pembunuh upahan lain dengan harga separuh daripada upah asal.

Pembunuh upahan kedua kemudiannya telah subkontrak tugas itu kepada pembunuh upahan ketiga, yang seterusnya subkontrak tugas itu kepada pembunuh upahan keempat, yang juga memberi tugas itu kepada pembunuh upahan kelima.

Bagaimanapun, pembunuh upahan kelima sangat marah dengan jumlah upah yang kini hanya sedikit, seterusnya meminta sasaran untuk dibunuh iaitu We Mou, untuk memalsukan kematian sendiri dan menawarkan untuk berkongsi upah yang diterimanya.

Perancangan mereka itu kemudiannya diketahui oleh polis, lapor Beijing News.

Ahli perniagaan serta kesemua pembunuh upahan yang tidak bernasib baik itu telah disabitkan bersalah atas cubaan membunuh oleh mahkamah di Nanning, Guangxi, setelah perbicaraan sepanjang tiga tahun.

Persengketaan antara dua ahli perniagaan itu bermula apabila We Mou telah menyaman pembangun hartanah Tan Youhui. Kerana khuatir akan kalah dalam proses saman yang memakan masa, Tan telah mengupah seorang pembunuh upahan bernama Xi Guangan untuk membunuh We.

Bagaimanapun, Xi menghubungi seorang lagi pembunuh upahan, Mo Tianxiang dengan menawarkan separuh dari upah asal yang diterima untuk membunuh We.

Mo kemudiannya menghubungi pembunuh upahan ketiga, Yang Kangsheng, yang mahukan bayaran pendahuluan sebanyak 270,000 yuan (RM 159,819.99), dan seterusnya lagi 500,000 yuan (RM 295, 962.95) dibayar setelah tugas diselesaikan.

Namun Yang Kangsheng telah mengupah pembunuh upahan keempat, Yang Guangsheng, menawarkan upah yang telah dikurangkan. Kontrak itu akhirnya sampai kepada pembunuh upahan kelima, Ling Xiansi, yang kemudiannya memberitahu polis.

Tan, yang mengupah pembunuh upahan asal, telah dihukum penjara lima tahun, manakala Xi, pembunuh upahan kedua, dihukum penjara tiga tahun enam bulan.

Yang Kangsheng dan Yang Guangsheng dipenjara tiga tahun tiga bulan. Mo dihukum penjara tiga tahun, dan Ling dihukum penjara dua tahun tujuh bulan. – amazingnara.com

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...