Pembunuh Kanak-kanak Tiru Plot Dari Buku Ugut Keluarga Mangsa, Serah Diri Setelah 28 Tahun Tak Tahan Rasa Bersalah

Trending

Pembunuh Kanak-kanak Tiru Plot Dari Buku Ugut Keluarga Mangsa, Serah Diri Setelah 28 Tahun Tak Tahan Rasa Bersalah

boy-buried-in-pigsty-1Seorang lelaki yang hidup dalam pelarian selama 28 tahun setelah membunuh seorang kanak-kanak berumur 10 tahun akhirnya menyerah diri kepada polis seterusnya menunjukkan lokasi dimana dia menanam kanak-kanak terbabit setelah hampir 3 dekad tertanam tanpa diketahui.
Menurut laporan NetEase, lelaki terbabit yang dikenali sebagai Fu Mou, 49, mengaku bersalah membunuh kanak-kanak terbabit dan cuba mengugut keluarga kanak-kanak itu pada 1988.

Mou berkata dia menyerah selepas tidak dapat menahan perasaan bersalah.

Advertisement

1988

Dalam kejadian yang berlaku pada 30 Ogos 1988 itu, Mou dalam keadaan yang sangat-sangat memerlukan duit untuk membina rumah baharu.

Img451293129

Pada hari kejadian kanak-kanak terbabit secara tidak sengaja memasuki rumah Mou sebelum lelaki itu membunuhnya. Terinspirasi dari plot sebuah buku yang dibaca, Mou memutuskan untuk mengugut ibu bapa kanak-kanak itu bagi mendapatkan duit.

Mou yang ketika itu berusia 21 tahun mencekik kanak-kanak tersebut sebelum menanam mayat di bawah kandang babi berdekatan.

Dia kemudian menghantar kasut mangsa  kepada ibu bapa kanak-kanak itu dan meminta wang tebusan sebanyak 8,800 yuan (RM 5,318).

Polis kemudian menyerbu rumah Mou keesokan harinya tapi Mou telah pun melarikan diri. Bermula dari itu, Mou menjadi pelarian sehingga dia menyerah diri.

Selepas hampir 3 dekad, Mou akhirnya menyerah diri namun berita itu membuatkan ibu bapa kanak-kanak itu hampa kerana percaya anaknya itu masih hidup dan selama ini mereka tidak pernah berhenti dari mencari anak mereka.

Mayat kanak-kanak itu telah digali oleh polis tempatan minggu lepas.

Sumber : shanghaiist.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Comments are closed.