Seorang wanita yang dikenali sebagai ‘AlphaQuinnsha’ di TikTok mengaku bersalah kerana membuli mendiang pensohor media sosial Rajeshwary Appahu (Esha) awal bulan lalu.
Shalini Periasamy,35, mengaku menggunakan akaun media sosialnya dan telah mengeluarkan kata-kata kesat bertujuan membangkitkan kemarahan orang ramai.
Shalini yang juga bekerja sebagai pembantu rumah jagaan orang tua kelihatan tenang dan hadir bersama-sama bapa dan juga suaminya.
Selain mengaku bersalah, wanita itu berkata dia sudah insaf dengan insiden tersebut.
Hakim Mahkamah Sesyen, Arunjothy M Selwarwam mengenakan hukuman denda sebanyak RM100 atau penjara tujuh hari jika denda itu tidak dibayar.
Terdahulu, mendiang Esha ditemui maut gara-gara dibuli di media sosial.
Shalini merupakan suspek utama dalang pembulian dan telah ditahan beberapa hari setelah kematian Esha.
Ketika ini, seorang lagi individu sedang didakwa di mahkamah berlainan berhubung kes yang sama.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.