Lelaki yang melempang pekerja Bangladesh di sebuah tempat cuci kereta didakwa oleh seorang Netizen sebagai kaki pukul isteri. Menurut sumber itu, lelaki tersebut mempunyai kes polis berhubung perbuatannya memukul isterinya.
Sementara itu, lelaki itu yang merupakan pengurus satu syarikat telah ditahan polis malam semalam di Kampung Baru Subang untuk siasatan lanjut.
Siasatan terhadap lelaki berusia 30 tahun itu akan terus dijalankan setelah perintah reman didapatkan pagi ini. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan.
Jom bersama-sama kami menyelusuri keindahan seni dan budaya orang asli dan pribumi dari Malaysia dan negara-negara…
Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Tuesday, 13 October 2015