“Pembukaan Semula Rentas Negeri Punca Utama Kes Aktif Meningkat” – DG Hisham

Berita

“Pembukaan Semula Rentas Negeri Punca Utama Kes Aktif Meningkat” – DG Hisham

Yang dulunya penurunan kes aktif konsisten selama 10 minggu, kini telah menunjukkan peningkatan kembali selepas lima minggu pembukaan rentas negeri dibuka semula.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, kesan peningkatan kes baharu dan kes aktif selama dua minggu berturut-turut ini dapat dilihat melalui kemasukan fasiliti kesihatan terutamanya bagi pesakit berkategori tiga hingga lima.

Advertisement

Kebanyakkan indikator utama jangkitan COVID-19 menurun kecuali kes aktif yang meningkat empat peratus.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Noor Hisham Abdullah (@dghisham)

Beliau turut berkata, purata kes aktif meningkat sebanyak 6.0 peratus daripada 62,224 kes kepada 65,722 kes sepanjang tempoh 14 hingga 20 November manakala, kes kematian konsisten menunjukkan penurunan 7.5 peratus dari 375 kematian kepada 347 kematian.

Bercakap tentang kluster, beliau memberitahu terdapat 5,878 kluster dilaporkan dan hanya 240 kluster yang kini masih aktif sekali gus penurunan sebanyak 13.7 peratus.

Advertisement

Terdahulu, Kementerian Kesihatan (KKM) bakal memperkenalkan Sistem Amaran Berisiko Tinggi bagi mengesan tanda-tanda awal peningkatan kes COVID-19 yang berlaku dalam negara.

Khairy Jamaluddin
1 minggu lalu

Pengesan Tanda Awal Peningkatan Kes COVID-19, KKM Akan Perkenalkan Sistem Amaran Berisiko Tinggi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

5 Comments

  1. Anonymous

    November 25, 2021 at 9:47 am

    Jelas Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, organisasi itu bimbang vaksin telah menimbulkan “rasa keselamatan palsu bahawa wabak telah berakhir”.

  2. Fai

    November 24, 2021 at 9:34 pm

    So? Tak leh rentas negeri balik ke????

  3. ekonomilumpuhmatilahnak

    November 24, 2021 at 2:56 pm

    skrg rtk test covid dh murah di kedai2 berdekatan, check jelah sebelum pulng ke kpg atau org kpg dtg bndr..mureh je lah rm6.00 sekotak 1 pcs. Boleh dpt di kedai2 mart. Jgnlh ada lagi lock2down, epf nk korek pun dh kurang. Letih sgt2 dh lockdown2 ni. Lainlah kerajaan bgi moratarium 2 tahun lgi tnpa faedah dn bulanan isirmh Miskin tegar RM1200.00 sebulan, B40 RM900.00 sebulan, M40 RM600.00 sebuln x 24 bulan. Insuran2 bgi 2 thun jugak x byr dulu. PTPTN..PTPTK juga, barulah boleh duduk di rmh je, biar cobid tu melilau mati dgn sendiri nya cari mangsa x ade..mcm mana, bsr sungguh permintaan aku sebagai rakyat ni.

  4. Anonymous

    November 24, 2021 at 12:45 pm

    jangan nak mengada2 nak lockdown semula ye? ko ni buat apa je kat atas tu? pandemik ni bukan baru bulan lepas start merebak hisham oi.,, mana ko punya plan jangka panjang untuk putuskan rantaian tu semua? mana pergi herd immunity yang ko dok canang2 selama ni? peratusan fully vaccinated dah hit 90% untuk orang dewasa ko faham ke tak? apa guna aku paksa satu family aku vaksin kalau takde impact pun. so mana pergi herd immunity tu? ko mengaku je lah ko menipu selama ni.

    • blagakhebat

      November 24, 2021 at 12:54 pm

      ko jela ganti hisham ni. confirm kes covid zero

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...