Pembukaan MRT Sungai Buloh – Kajang : Tambang Percuma Selama Sebulan Sebagai Hadiah Tahun Baru

Trending

Pembukaan MRT Sungai Buloh – Kajang : Tambang Percuma Selama Sebulan Sebagai Hadiah Tahun Baru

Rakyat Malaysia yang menggunakan perkhidmatan terbaru Transit Aliran Massa Laluan Sungai Buloh – Kajang (MRT SBK) akan menikmati tambang secara percuma selama sebulan sempena pelancaran sulung laluan itu bermula esok pagi.

Advertisement

Perdana Menteri, Najib Razak berkata, perkhidmatan yang dikendalikan oleh RapidRail Sdn. Bhd. itu akan dapat dinikmati pengguna bermula mulai esok sehingga 16 Januari depan.

Sebagai hadiah kepada rakyat bagi Tahun Baru serta memberi peluang kepada rakyat untuk mencuba kemudahan pengangkutan awam yang baharu, moden dan efisien, saya mengumumkan bahawa Rapid Rail akan memberi perkhidmatan MRT percuma selama sebulan mulai esok sehingga 16 Januari ini.

“Ia termasuklah perkhidmatan bas pengantara. Tambang hanya akan dikenakan bermula 17 Januari ini,” katanya.

Pengumuman itu dibuat oleh Najib dalam Majlis Pelancaran Operasi Fasa Pertama MRT SBK di Stesen MRT Kwasa Damansara di sini, lapor Utusan Online.

Sumber: Utusan OnlineBH Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...