Pembinaan Terowong Hidupan Liar Akan Dipastikan Termasuk Dalam Rekaan Jalan Dan Lebuh Raya Baharu – Kementerian Kerja Raya

Kehidupan

Pembinaan Terowong Hidupan Liar Akan Dipastikan Termasuk Dalam Rekaan Jalan Dan Lebuh Raya Baharu – Kementerian Kerja Raya

Baru-baru ini, kejadian seekor anak gajah jantan berusia sekitar lima tahun yang maut selepas dirempuh sebuah lori kontena di Kilometer 80, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat.

Sebagai respons, Kementerian Kerja Raya (KKR) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa inisiatif membina laluan lintasan selamat bagi haiwan liar akan dimasukkan dalam reka bentuk dan pembinaan jalan serta lebuh raya baharu pada masa akan datang.

Advertisement

Syabas dan Terima Kasih kepada Syarikat Konsesi Lebuhraya Persisiran Barat (WCE – West Coast Expressway) yang telah melestarikan laluan khusus terowong bawah lebuhraya untuk membolehkan habitat hidupan liar bergerak dari satu kawasan hutan ke hutan yang lain melintasi lebuh raya dengan selamat.

Culvert Animal Crossing ini dibina di jajaran Taiping Selatan – Bruas setelah mendapat khidmat nasihat dan persetujuan dari Jabatan Perhilitan.

KKR melalui agensinya seperti Lembaga Lebuhraya Malaysia LLM dan Jabatan Kerja Raya JKR akan pastikan elemen ini dimasukkan dalam reka bentuk dan pembinaan jalan raya dan lebuh raya baharu.

Kerjasama erat dengan Jabatan Perhilitan akan diteruskan bagi memastikan pemeliharaan hidupan liar sentiasa dipertingkatkan.

Dalam masa sama, KKR turut menasihati para pemandu agar memperlahankan kenderaan dan lebih berwaspada apabila melalui kawasan yang telah dikenal pasti sebagai lokasi lintasan haiwan liar yang ditandakan dengan papan tanda serta lampu jalan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

laluan gerik-jeli gelap
2 hours ago

Sepanjang Jalan Gelap Di Laluan Gerik-Jeli, Ini Rupanya Sebab Lampu Jalan Tidak Dipasang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...