Pemberian Diskaun Elektrik Dilanjutkan Sehingga 31 Disember Ini

Trending

Pemberian Diskaun Elektrik Dilanjutkan Sehingga 31 Disember Ini

Sebelum ini diumumkan, pemberian diskaun elektrik akan diberikan bermula dari tempoh bulan April sehingga September bagi semua pengguna domestik di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Tetapi kini, ianya bakal dilanjutkan lebih lama lagi kepada Disember ini.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata seramai 7.66 juta pengguna domestik di semenanjung akan terus menikmati diskaun bil elektrik di antara 2 hingga 50 peratus itu.

Advertisement

Diskaun ini akan terus dinikmati bermula dari 1 Oktober 2020 sehingga 31 Disember 2020 sebagai lanjutan kepada diskaun elektrik yang diumumkan 27 Mac lalu di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN).

“Lanjutan ini turut terpakai bagi pengguna elektrik dengan penggunaan di antara 601 hingga 900kWj yang mula mendapat diskaun 10 peratus di bawah Bantuan Prihatin Elektrik (BPE) yang diumumkan kerajaan pada 20 Jun.”

tnb

Manakala, seramai 520,000 orang di Sabah dan 580,000 orang di Sarawak turut akan menerima diskaun bil elektrik ini sehingga penghujung Disember ini. Untuk makluman, kerajaan sebelum ini mengumumkan diskaun bil elektrik ini sebagai usaha meringankan beban rakyat menghadapi pandemik ini.

Suruhanjaya Tenaga juga sebelum ini memaklumkan bahawa pengguna bukan domestik akan menikmati penurunan surcaj sebanyak 2 sen/kWj bagi tempoh 1 Julai hingga 31 Disember 2020. Manakala pengguna elektrik domestik kekal membayar kadar tarif sedia ada.

Kos keseluruhan pemberian diskaun bil elektrik dari April hingga Disember 2020 adalah berjumlah RM2.62 bilion.

Pelanjutan diskaun selama tiga bulan bagi pengguna di Semenanjung akan dibiayai menggunakan dana Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE) dengan anggaran sebanyak RM392 juta. Sementara diskaun bagi Sabah dan Sarawak pula akan dibiayai oleh Kementerian Kewangan dengan anggaran peruntukan sebanyak RM6 juta.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...