Belanjawan 2020 Akan Mula Dibentangkan Pada Jam 4 Petang Ini

Trending

Belanjawan 2020 Akan Mula Dibentangkan Pada Jam 4 Petang Ini

Pada hari ini Menteri Kewangan Malaysia, Lim Guan Eng akan membentangkan Belanjawan 2020 bermula jam 4 petang ini. Pembentangan belanjawan ini juga dapat ditonton secara langsung di saluran Facebook rasmi Kementerian Kewangan Malaysia.

Ini merupakan kali kedua, Pakatan Harapan membentangkan belanjawan negara sejak kemenangan parti itu pada Mei 2018. Ramai rakyat Malaysia yang ternanti-nanti kan pengumuman bajet yang dapat membantu rakyat untuk atasi kos sara hidup masa kini.

Advertisement

Tema Belanjawan 2020 ialah “Memacu Pertumbuhan Dan Keberhasilan Saksama Ke Arah Kemakmuran Bersama”.

kementerian kewangan malaysia
Sebelum ini, peruntukan sebanyak RM314.5 billion dibelanjakan untuk Belanjawan 2019 dengan tema ‘Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera’. Tahun lalu juga, Belanjawan 2019 disifatkan agak sukar kerana perlu membetulkan kewangan fisikal negara selain kesejahteraan rakyat.

Antara aspek penting yang ditunggu-tunggu oleh rakyat adalah kebajikan golongan B40 yang terkesan dengan keadaan ekonomi yang tidak begitu baik. 

Kerajaan di dalam proses merancang Indeks Kos Hidup bagi menentukan kos kehidupan minimum yang diperlukan untuk kehidupan yang selesa. Indeks ini juga diharapkan dapat membantu kerajaan merangka dasar yang lebih tepat untuk menangani kos sara hidup dihadapi rakyat.

Dijangkakan juga, Bantuan Sara Hidup kepada golongan B40 akan diteruskan tetapi kaedah penyaluran bagi bantuan ini masih lagi tidak diketahui dan menjadi tanda tanya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...