Pembeli Terkejut Harga Air Melampau Di Bazar Raya Jalan Tar, RM10 Secawan – “Pergi Haji Balik Hari”

Kehidupan

Pembeli Terkejut Harga Air Melampau Di Bazar Raya Jalan Tar, RM10 Secawan – “Pergi Haji Balik Hari”

Baru-baru ini, tular di media sosial kisah seorang individu yang terkejut apabila dikenakan caj RM10 hanya untuk secawan air di Bazar Raya, Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR).

Pengalaman kurang menyenangkan itu dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok yang berasa tertipu ketika ingin membeli minuman tersebut.

Advertisement

Menurut individu berkenaan, dia telah bertanya harga terlebih dahulu sebelum membuat pembelian, namun peniaga tidak memberikan jawapan. Sebaliknya, peniaga terus menuangkan air ke dalam cawan dan meminta bayaran RM10.

Tak payah la beli air dekat Jalan Tar Bazar Raya, RM10 satu cup.

 

Bila tanya harga taknak jawab. Terus masukkan air dalam cup cakap RM10.

 

Hati-hati siapa nak beli air dekat Bazaar Raya Jalan Tar.

komen tiktok

Dia turut menjelaskan bahawa dia terpaksa membayar dan tidak berani untuk menolak pembelian tersebut kerana bimbang berlaku kekecohan.

Tempat orang ramai. Kita ni perempuan memang terkejut dan terpaksa bayar. Kalau kita beredar terus, risau berlaku pergaduhan pula nanti.

komen tiktok

Dia turut berkata gerai yang menjual air RM10 itu dipercayai terletak di hadapan sebuah kedai Baju Melayu dengan papan tanda merah.

Walau bagaimanapun, dia tidak pasti sama ada peniaga itu mempunyai lokasi tetap atau sering berpindah-randah.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

peniaga syukur dbkl ambil alih urus bazaar ramadan
3 hours ago

Tiada Lagi ‘Orang Dalam’? Peniaga Syukur DBKL Urus Bazaar Ramadan - "Dulu Kalau Nak 'Apply' Kena Lalu Persatuan.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...