“Pembeli Perlu Tunjuk MyKad Sebelum Beli Beras Tempatan Sebagai Bukti Warganegara” – Penjual

Berita

“Pembeli Perlu Tunjuk MyKad Sebelum Beli Beras Tempatan Sebagai Bukti Warganegara” – Penjual

Melalui laporan New Straits Times, beberapa kedai runcit dan supermarket di bandar telah meletakkan syarat buat pembeli, di mana mereka perlu menunjukkan bukti kewarganegaraan jika mahu membeli beras tempatan.

Perlu tunjuk MyKad sebelum ini beli beras tempatan

Syarat ini diletakkan supaya warga asing tidak membeli beras tempatan yang diberi subsidi, malah sesetengah kedai mengehadkan satu kampit beras untuk setiap keluarga.

Advertisement

perlu tunjuk mykad sebelum beli beras tempatan

Kami menyemak MyKad setiap pembeli untuk mengelakkan beras ini jatuh ke tangan warga asing. Di kedai saya, setiap keluarga hanya boleh membeli dua kampit beras sahaja. – Penjual

Biarpun ada sesetengah pelanggan yang mengadu syarat tersebut menyusahkan tetapi penjual tersebut merasakan ia merupakan langkah terbaik bagi memastikan subsidi sampai kepada penerima yang dimaksudkan.

Pemilik kedai runcit letak notis

Selain itu, penjaul kedua pula yang bernama Yaw berkata langkah ini bukan sahaja memastikan beras dijual kepada mereka yang layak tetapi bagi mengelakkan salah faham.

perlu tunjuk mykad sebelum beli beras tempatan

Kami juga memaparkan notis yang menyatakan bahawa pelanggan mesti menunjuk MyKad mereka sebelum membeli beras tempatan.

Sekadar info, pada Februari lalu, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan membuat pengumuman bahawa sebanyak 24 juta pek beras tempatan bersubsidi akan mula disediakan pada 1 Mac dengan harga RM26 setiap 10kg.

mb negeri sembilan isu pakcik petai
4 weeks ago

"Tak Adil Semua Salahkan PBT, Jangan Hukum Orang Yang Tak Sepatutnya" - Isu Pak Cik Petai, Ini Jawab MB Negeri Sembilan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : NST

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...