Pembeli Perlu Simpan Salinan Dokumen Jual Beli Rumah, Peguam Hartanah Ini Jelaskan Sebabnya..

Trending

Pembeli Perlu Simpan Salinan Dokumen Jual Beli Rumah, Peguam Hartanah Ini Jelaskan Sebabnya..

Segala apa yang anda dah buat untuk pembelian hartanah, jangan pernah lupa untuk sentiasa menyimpan segala surat menyurat atau dokumen rasmi mengenai hartanah yang anda miliki. Ia bukan sahaja sebagai bukti aset tersebut milik anda, tetapi juga memudahkan urusan pada masa akan datang.

Advertisement

Peguam hartanah ini berkongsi akan kesulitan yang bakal dihadapi oleh pemilik rumah seandainya salinan dokumen tidak ada bersama mereka. Serta apa yang boleh anda buat untuk memastikan salinan dokumen jual beli rumah berada dalam simpanan anda. Jom kita baca perkongsiannya.

Saya perhatikan kebanyakan pembeli rumah sibuk follow up untuk selesaikan urusan jual beli rumah yang mereka beli. Setiap hari call lawyer tanya bila mereka boleh dapat rumah yang dibeli.

Tetapi setelah sahaja selesai urusan jual beli dan rumah tersebut telah jadi milik mereka,mereka tak kisah pun nak datang ambil salinan dokumen-dokumen urusan jual beli rumah mereka dengan lawyer. Walaupun telah dimaklumkan beberapa kali untuk berbuat demikian.

Selepas 5 tahun, time nak jual rumah atau buat refinance rumah, time tu mula lah kelam kabut pergi pejabat peguam nak dapatkan salinan dokumen. Kalau boleh nak serta merta time tu jugak.

Sedangkan file dah 5 tahun, mestilah dah tutup masuk stor. Nak kena cari dulu. Mesti ambil masa. Itu pun nasib baik firma guaman tersebut masih ada. Kalau firma guaman tu dah tutup macam mana? Mulalah panik fikir mcm mana nak dapatkan dokumen-dokumen tersebut.

Ada juga sesetengah pembeli bila dah dapat dokumen-dokumen tersebut mereka buat mcm surat khabar buruk sahaja. Sepah sana sini. Letak sana-sini. Last last hilang atau lupa letak kat mana.

Kemudian mulalah kelam kabut pergi pejabat peguam untuk mintak salinan. Peguam kenakan caj utk salinan dokumen-dokumen yang dikehendaki, mulalah bising.

Jadi nasihat saya:

1. Selepas selesai urusan jual beli rumah anda, dalam masa 7 hari, terus pergi ke pejabat peguam untuk dapatkan salinan dokumen-dokumen tersebut. Tak payah tunggu peguam call bagi tahu. Anda sendiri mesti rasa bertanggungjawab untuk dapatkannya daripada peguam anda.

2. Selepas dapat dokumen-dokumen tersebut simpan dalam satu fail di tempat yang selamat dan mudah dicari. Bila nak guna nanti senanglah nak cari. Tak de lah dokumen-dokumen tu dimakan dek tikus.

3. Jika dokumen ditakdirkan hilang walaupun anda dah simpan dengan baik, sila bersabar untuk dapatkannya daripada peguam. Peguam juga perlukan masa untuk mencari semula fail anda yang dah lama tutup tersebut. Dan jika dikenakan caj pentadbiran, bayar saja lah. Jangan banyak soal. Mereka telah spent masa buat kerja extra untuk anda. Jadi apalah salahnya, mereka mudahkan urusan anda, anda mudahkan lah urusan mereka pulak. Bukankah lebih baik begitu.

Maaflah, hari ni saya membebel sket. Sbb perkara ni sangat penting untuk anda ingat.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...