Pembelajaran Atas Talian Lebih Mudah Dengan HUAWEI MatePad Pro

Hiburan

Pembelajaran Atas Talian Lebih Mudah Dengan HUAWEI MatePad Pro

Belajar adalah satu proses yang boleh dilakukan di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja. Seperti yang kita ketahui, sekolah, kolej dan university telah pun ditutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Namun adakah ini bermaksud kita boleh berhenti belajar sepenuhnya? Takkanlah nak bermain je sepanjang masa kan?

Memperkenalkan HUAWEI Matepad Pro, sebuah tablet yang membolehkan pembelajaran anda diteruskan sepanjang PKP ini.

Advertisement

huawei matepad

Belajar dengan lebih JELAS

Sepanjang PKP ini, para pelajar dan gurutelah menggunakan applikasi seperti Zoom, Skype atau Google Hangout untuk meneruskan aktiviti pembelajaran mereka. Ha, dengan HUAWEI MatePad Pro atau mana-mana produk HUAWEI, anda boleh menikmati panggilan video berkualiti tinggi menerusi HUAWEI MEETime.

huawei p40

Bukan sahaja anda boleh mengawal kecerahan skrin untuk memastikan wajah anda jelas kelihatan, HUAWEI MEETime juga boleh mem”beauty”kan wajah anda dengan AI yang tersedia di dalamnya. Siap boleh tambah “make-up” dengan hanya satu sentuhan je. Menarik kan?

Satu lagi perkara menarik tentang HUAWEI MEETime ini adalah kebolehan untuk berkongsi fail dan membuat nota sepanjang panggilan berlangsung. Boleh highlight, buat bulatan atau tulis komen anda pada dokumen tersebut. Barulah betul macam seorang pelajar kan?

huawei matepad

Kalau dah bosan sangat, anda boleh cuba belajar kursus online di Udemy, atau pelajari teknik tangkap gambar terkini di Nikon atau tingkatkan lagi produktiviti anda di SkillShare bersama pakar motivasi. Kesemua ini boleh dilakukan dengan HUAWEI Matepad Pro yang mempunyai paparan skrin sebesar 10.8 inci. Puas hati sangat-sangat.

Terbaik untuk kedua-dua dunia

huawei mate pad and p40

Pernah ke anda berharap untuk menggabungkan telefon dan tablet anda menjadi satu mega-device? HUAWEI Share dapat menukar harapan tersebut menjadi reality tanpa menggunakan wayar. Anda hanya perlu selarikan HUAWEI P40 Pro dan HUAWEI MatePad Pro anda. Lepas itu anda boleh terus mengakses telefon anda di skrin HUAWEI MatePad Pro. Power kan?

Ubah Hidup Anda

huawei matepad pro

Menulis nota adalah sebahagian daripada kehidupan seorang pelajar. Nota ini kemudiannya boleh digunakan ketika anda membuat ulangkaji atau ingin mengubah sesuatu. Senang cakap, mengambil nota memang sangat-sangat PENTING.

Dengan HUAWEI Nebo, anda boleh menulis nota anda di mana-mana dan kemudian hanya “double tap” untuk menukarnya menjadi tulisan digital. Ia juga boleh mengesan 6 jenis arahan ketika di dalam pilihan tulisan tangan. Sebagai contoh, anda cuma perlu buat garisan di tengah tulisan untuk memadamkan tulisan anda. Power kan?

Untuk anda yang “old-school”, HUAWEI MatePad Pro juga boleh ditukar menjadi laptop dengan hanya memilih “desktop mode” di pilihan menu. Bolehlah terus baiki fail, hantar email, tinggalkan pesanan suara dan macam-macam lagi seperti yang anda selalu lakukan di komputer.

Terbaik Untuk Anda

Memuatturun applikasi yang sesuai untuk tablet adalah sangat penting untuk meningkatkan lagi mutu penggunaannya. Dengan HUAWEI MatePad Pro, anda tak perlu risau kerana kesemua applikasi-applikasi popular di kalangan rakyat Malaysia ada di AppGallery. Masuk je ke dalam AppGallery dan muatturun Tiktok, Netflix, iFlix, WeChat dan sebagainya.

huawei app gallery

huawei app gallery

Kesemua applikasi yang dipasang menerusi HUAWEI AppGallery dilindungi oleh 4 lapisan perlindungan untuk memastikan kesemua data peribadi anda adalah selamat. Selain itu ada juga HUAWEI Quick Apps yang membolehkan anda menggunakan applikasi tertentu tanpa perlu memuatturunnya ke tablet anda. Jimat sikitlah ruang storan tue kan?

huawei matepad

Last but not least, HUAWEI AppGallery juga memberikan ganjaran pada para penggunannya seperti 3 bulan akses percuma HUAWEI Video, storan percuma di HUAWEI Cloud Storage sebanyak 50GB selama 12 bulan dan juga ganjaran bernilai sehingga RM2,381 untuk ahli HUAWEI Member Centre daripada rakan kongsi seperti Malaysia Airlines, Puma, Godiva dan sebagainya. Memang kaw-kaw sungguh!!!

Lebih Sempurna dengan HUAWEI P40 Series – Fotografi Terbaik, Rangkaian Terbaik

HUAWEI Matepad Pro telah dilancarkan bersama dengan HUAWEI P40 Series. Disahkan sebagai telefon pintar dengan kamera terbaik di dunia, HUAWEI P40 Series mempunyai rangkaian 5G yang membolehkan anda menikmati rangkaian internet terbaik. Selain itu ciri-ciri seperti kamera ultra-vision Leica, AI kamera terbaik di dunia, 4k HD selfie video dan banyak lagi menjadikan P40 salah satu telefon pintar terbaik dunia.

huawei matepad pro

Paling penting, HUAWEI P40 Series ini boleh disambungkan dengan HUAWEI MatePad Pro menerusi fungsi HUAWEI Share, sekaligus membolehkan anda menavigasi telefon pintar anda menggunakan skrin MatePad Pro. Lagi syoklah main game, membuat panggilan video dan buat kerja sekolah.

Kejutan Untuk Anda Yang Pre-Order Sehingga 10 April

Untuk anda membuat keputusan untuk pre-order HUAWEI MatePad Pro sehingga 10 April ini, maka anda akan menerima Smart Magnetic Keyboard yang bernilai RM499 dan M-Pencil yang bernilai RM299 secara PERCUMA, selagi stok masih ada.

huawei keyboard and pencil

Untuk makluman, HUAWEI MatePad Pro dijual pada harga RM2,399 dan hadir dengan 2 pilihan warna iaitu Midnight Grey dan Pearl White. Kedua-duanya cantik dan memukau.

huawei matebook

Sebagai maklumat tambahan, anda juga boleh menikmati hadiah percuma bernilai RM1,300 apabila anda melakukan pre-order HUAWEI P40-Series sehingga 10 April ini. Antara hadiah percuma yang bakal anda bawa pulang ialah:-

huawei p40 pre order

P40 Pro: HUAWEI Freebuds 3, 50GB simpanan awan, 1 tahun jaminan tambahan, 1 bulan perlindungan skrin, 3 bulan langganan percuma untuk HUAWEI Video dan wireless car supercharge

P40: HUAWEI Freebuds 3, 50GB simpanan awan, 1 tahun jaminan tambahan, 1 bulan perlindungan skrin, 3 bulan langganan percuma untuk HUAWEI Video dan wireless charging case.

Last but not least, HUAWEI WATCH GT2e juga boleh di pre-order dengan tali utas PERCUMA bernilai RM69 bakal menjadi milik anda. Tempah sekarang di SINI

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...