Pembedahan Memanjangkan Kaki Menjadi Lebih Popular Untuk Lelaki Yang Ingin Tambah Ketinggian

Trending

Pembedahan Memanjangkan Kaki Menjadi Lebih Popular Untuk Lelaki Yang Ingin Tambah Ketinggian

Satu klinik yang boleh memanjangkan kaki telah mendapat perhatian ramai baru-baru ini kerana menawarkan orang ramai perkhidmatan memanjangkan kaki sebanyak beberapa inci melalui satu pembedahan yang invasif secara minimal.

The LimbPlaxtX Institute mengenakan caj sebanyak USD 75,000 (RM 309,622.50) untuk menambah enam inci (18 cm) ketinggian pesakit, harga yang sanggup dibayar oleh ramai orang untuk mengatasi masalah ketinggian mereka.

Advertisement

Dr. Kevin Debiparshad, konsultan di klinik itu berkata, 30 orang lelaki telah menandatangani permohonan untuk mengubah hidup mereka dengan prosedur itu bagi tahun 2019, dan lebih banyak lagi prosedur untuk tahun 2020 yang bakal dilaksanakan, terutamanya setelah ia mendapat perhatian pihak media.

Prosedur itu hanya memakan masa satu setengah jam dan melibatkan potongan ke dalam tulang kaki dan satu alat peregang kemudiannya dimasukkan. Hasilnya hanya dapat dilihat dengan sepenuhnya setelah satu tahun.

Sebenarnya pembedahan memanjangkan kaki ini telah dilaksanakan selama seabad, tetapi LimbPlastX Institute ialah klinik pertama yang melakukan prosedur itu untuk tujuan kosmetik.

Teknik itu sebelum ini dilaksanakan hanya kepada pesakit yang ingin merawat kaki yang cedera, kemalangan kenderaan dan peristiwa traumatik yang lain, tetapi Deboparshad dan mentornya Dr. Dror Paley di West Palm Beach, Florida, adalah antara pengamal perubatan pertama melakukannya pada sesiapa yang ingin menjadi lebih tinggi. Kata Dr. Debiparshad:

Lebih dari 90% pesakit saya termasuk mereka yang sudah diberi konsultasi, ialah lelaki. Kebanyakan mereka mempunyai ketinggian 168 cm ingin menambah tinggi sebanyak 9cm.

Pakar bedah di LimbPlastX Institute merasakan bahawa pembedahan memanjangkan kaki mempunyai potensi untuk menjadi prosedur kosmetik yang popular seperti pembedahan hidung dan pembesaran payudara. – amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...