Di Malaysia, kini terdapat ratusan NGO yang aktif membantu golongan gelandangan, termasuk dalam aspek penyediaan makanan, pakaian dan lain-lain keperluan.
Namun begitu, ada segelintir gelandangan yang dilaporkan membuang makanan yang diberikan oleh NGO terbabit.
Perkara ini didedahkan menerusi sebuah video di X, di mana satu komuniti ketika itu sedang menjalankan program CSR di sekitar ibu kota Kuala Lumpur.
Dalam rakaman tersebut, kelihatan seorang pelajar menemui bungkusan makanan dalam tong sampah yang masih berisi nasi.
Jurucakap komuniti tersebut mendedahkan bahawa inilah realiti sebenar — apabila bantuan makanan yang diberikan kepada gelandangan tidak mencapai matlamat, malah akhirnya menyumbang kepada peningkatan jumlah sisa makanan dan merosakkan ekosistem negara.
Susulan tularnya video itu, ramai netizen berpendapat bahawa makanan seperti ini lebih baik disalurkan kepada pelajar universiti, yang pasti akan memanfaatkannya sepenuhnya, terutamanya dengan kos sara hidup yang semakin tinggi sementara menunggu elaun yang terhad.
Patut bagi je setiap uni. Student sana bukannya selalu parents mampu nak bagi duit makan. Adik aku pun sampai berjimat cermat duit yang ada.
Better bagi kat student! Nampak macam ada duit tapi sebenarnya takde duit pun makan catu2 sebab nak print assignment *Nampak macam ada duit sebab mandi bersih dan kemas pergi kelas tapi poket hanya kawan2 jua yg tahu.
Selain itu, terdapat juga netizen yang berkongsi bahawa sesetengah gelandangan ini tetap bersikap sedemikian walaupun diberi rumah atau peluang pekerjaan, kerana sudah terlalu selesa bergantung kepada bantuan dan tidak berusaha mengubah nasib mereka.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.