Berita baik untuk semua ahli KWSP yang mengeluarkan simpanan mereka dalam program i-Sinar apabila wang yang sepatutnya diperoleh pada bulan Ogos akan diawalkan pada 26 dan 27 Julai ini.
Bagi mereka yang memohon i-Citra pula sudah boleh melakukan semakan kelayakan dan mereka yang lulus akan mula mendapat bayaran berperingkat pada 2 Ogos depan.
“Ahli KWSP turut disarankan untuk mendapatkan status bayaran terkini melalui i-Akaun (ahli) dan menghubungi 03-89224848 bagi sebarang pertanyaan berkaitan i-Sinar”. – Kata KWSP.
Pengkreditan amaun ke akan bank ahli juga akan dilakukan dalam tempoh satu hingga tiga hari bekerja.
Oleh itu, bagi mereka yang mengeluarkan simpanan ini gunalah sebaiknya dan jika mengeluarkan walaupun tidak terjejas, gunalah untuk kembangkan lagi simpanan.