Pembatalan Majlis Nikah Mimi Lana & Syafiq Kyle Bukan Dibuat Saat-Saat Akhir, Ini Penjelasan Sebenar….

Hiburan

Pembatalan Majlis Nikah Mimi Lana & Syafiq Kyle Bukan Dibuat Saat-Saat Akhir, Ini Penjelasan Sebenar….

Pembatalan majlis mereka mengejutkan ramai pihak namun sehingga kini pasangan selebriti Syafiq Kyle dan Mimi Lana masih mengunci mulut.

syafiq mimi
9 months ago

"Lebih Baik Tanya Mereka Sendiri" - Keluarga Enggan Ulas Majlis Nikah Dibatalkan, Mahu Mimi & Syafiq Beritahu Sendiri

Advertisement

Setakat ini, maklumat yang diketahui hanyalah majlis nikah mereka dibatalkan namun Pengarah Hospitaliti, Mizwan akhirnya membuka mulut memberi penjelasan daripada pihaknya.

Kata Mizwan, mereka masih terlibat dalam majlis yang dijadualkan berlangsung di Puncak Rimba, Bentong itu dan kini menunggu keputusan serta maklumat lanjut daripada keluarga kedua-dua belah pihak.

Jika sudah ada tarikh baru, kami akan umumkan seperti mana jemputan dilakukan sebelum ini.”

puncak rimba

Tambahnya, pembatalan majlis nikah itu bukan dibuat pada saat-saat akhir sebaliknya Syafiq dan Mimi sudah berbincang dengan pihaknya sebelum menghantar mesej pemberitahuan.

Mizwan turut meminta para peminat untuk tidak membuat sebarang spekulasi negatif berhubung pembatalan majlis yang sepatutnya berlangsung 18 Ogos depan.

Kita tidak boleh cerita secara terperinci, namun apa yang saya boleh katakan ia bukan terjadi begitu sahaja. Berlaku perbincangan sebelum dapat keputusan akhir.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MIMS (@missmimilana)

Kami tidak kerugian disebabkan pembatalan itu. Syafiq dan Mimi menguruskan dengan baik, hanya keadaan kurang mengizinkan. Mereka mahukan yang terbaik untuk keluarga dan juga peminat.”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...