Pembantu Rumah Terima Ganti Rugi RM422,000 Kerana Didera Majikan

Trending

Pembantu Rumah Terima Ganti Rugi RM422,000 Kerana Didera Majikan

Seorang pembantu rumah warga Indonesia, Erwiana Sulistyaningsih, yang didera oleh majikan beliau di Hong Kong menerima bayaran ganti rugi AS$103,500(RM422,124.75) selepas didera selama 8 bulan oleh majikannya pada tahun 2013.

Advertisement

Majikannya, ibu kepada dua orang anak, Law Wan-tung didapati bersalah oleh mahkamah Hong Kong kerana menyerang dan mencederakan Erwiana.

Dia didenda dan dijatuhkan hukuman penjara 6 tahun.

Susulan daripada kes berkenaan, Erwiana turut menggesa kerajaan Hong Kong menguat kuasakan tindakan melindungi pembantu rumah asing yang bekerja di wilayah itu.

Kes ini mendapat perhatian ramai pihak apabila foto menunjukkan kecederaan yang dialami Erwiana tersebar di kalangan komuniti pembantu rumah Indonesia di Hong Kong.

Foto yang tersebar menunjukkan kecederaan di muka, tangan dan kaki yang dipenuhi kesan luka dan lebam.

kes ini bukan kes pertama yang terjadi di Hong Kong, sebelum ini pada 2016 seorang pegawai bank Rurik George Caton Jutting didapati bersalah membunuh dua warga Indonesia yang didakwa bekerja sebagai pembantu rumah Sumarti Ningsih dan Seneng Mujiasih di kediamannya di Wan Chai, Hong Kong.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...